Warga TikTok dedah bodyguard Anwar Ibrahim merupakan anak kepada Tan Sri. Dua tahun lalu, sosok tubuh ini pernah tular di TikTok. Individu ini merupakan salah seorang pengawal peribadi kepada Menteri Malaysia Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengawal peribadi pemimpin negara ini menjadi terkenal selepas dimuat naik oleh seorang wartawan bernama Jannah Jalidar di TikTok.
Dalam video yang dikongsikan, pengawal peribadi yang dianggap berwajah kacak sempat memberikan senyuman manis dan melambai ke arah kamera.
Rata-rata netizen mengatakan bahawa pengawal peribadi atau bodyguard itu memang sudah lama berkhidmat untuk Anwar Ibrahim.
Namun, apa yang mengejutkan adalah latar belakang bodyguard pemimpin nombor satu negara tersebut. Seorang pengguna TikTok mendedahkan bahawa bodyguard tersebut merupakan anak kepada tokoh korporat terkenal, Tan Sri Salleh Sulong, yang pernah memegang jawatan utama di DRB Hicom.
Menurut individu itu lagi, yang juga merupakan jiran kepada bodyguard Anwar, “adik ini agak pemalu dan pendiam.”
Dia pasti berasa bangga dengan majikannya. Dia telah lama setia berkhidmat dengan DSAI dan keluarganya melalui segala suka dan duka.
“Mata dia berair. Tidak sia-sia perjuangan selama 24 tahun. Air mata kegembiraan.
“Bodyguard paling lama bersama DSAI. Dari rambutnya yang pendek hingga kini panjang. Bergaya,” komen beberapa netizen.
@kebalahmad Lebih 10 tahun berkhidmat susah senang bersama DSAI. Semoga terus istiqamah setia bersama DSAI @anwaribrahimofficial . #AnwarIbrahim #MalaysiaPrimeMinister #AnwarIbrahimsbodyguard #dsai ♬ Penenang Hati – Instrumental – Asraf Studio