Warga Indonesia dedah KLCC dah tak selamat, minta orang ramai berwaspada kalau tidak mahu rugi besar

Photo of author

By Joe

Warga Indonesia dedah KLCC dah tak selamat, minta orang ramai berwaspada kalau tidak mahu rugi besar. MERCU tanda negara kini didakwa menjadi sarang sindiket membolot wang pelancong!

Begitulah dakwaan seorang warga Indonesia yang berkunjung ke Malaysia dan mengaku menjadi saksi kepada aktiviti penipuan kumpulan terbabit.

Kejadian yang didakwa berlaku di perkarangan Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur itu dikatakan menimpa pelancong dari negara seberang sehingga menyebabkan mereka rugi besar.

Warga Indonesia dedah KLCC dah tak selamat, minta orang ramai berwaspada kalau tidak mahu rugi besar

Modus operandi sindiket itu dikatakan bermula dengan bantuan ditawarkan untuk mengambil gambar kenang-kenangan para pelancong tetapi sikap baik itu didakwa ada udang di sebalik batu.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang pencipta kandungan dari Indonesia di TikTok yang tidak menyangka penipuan sebegitu juga boleh wujud di Malaysia.

“Hati-hati scam atau penipuan di Malaysia! Harap semua berwaspada! Berjaga-jaga dengan mereka yang disangka ikhlas membantu tetapi sebenarnya ada hasrat lain.
“Tempatnya di Menara Berkembar Petronas. Sentiasa perhatikan sekumpulan lelaki yang berlegar-legar di kawasan ini. Mereka akan tawarkan pertolongan untuk tangkap gambar kita dengan background Menara Berkembar Petronas.
“Kita ingat mereka ni mungkin berhati mulia mahu bantu, tetapi sebenarnya tidak. Pada awalnya mereka tidak menyebut langsung soal harga, tetapi selesai saja ambil gambar, mereka akan meminta upah.
“Untuk satu gambar boleh dicaj dari RM5 hingga RM10. Sekali tolong, mereka akan terus ambi lima gambar serentak. Sekarang darabkan lima gambar itu dengan harga RM10 sekeping,” dakwa individu tersebut.

Warga Indonesia dedah KLCC dah tak selamat, minta orang ramai berwaspada kalau tidak mahu rugi besar

Menurut individu itu lagi, harga sedemikian dianggap agak tinggi jika ditukarkan ke matawang Indonesia, apatah lagi latar belakangnya sama sahaja.

“Seseorang itu boleh kehilangan RM50 jika sekali tertipu dengan mereka ini. Kalau tukarkan ke matawang Indonesia bersamaan dengan 160,000 Rupiah.

“Bayaran sebanyak itu untuk background gambar yang sama. Sanggupkah kita membayar duit 160,000 Rupiah tetapi hanya mendapat gambar ala kadar sahaja?

“Tetapi ada juga yang okay dan jujur dari awal tentang hal bayaran. Mereka ini benar bekerja untuk mencari rezeki. Cuma sekali lagi saya sarankan untuk pelancong sentiasa berhati-hati ,” kata individu itu menutup perkongsian.

Warga Indonesia dedah KLCC dah tak selamat, minta orang ramai berwaspada kalau tidak mahu rugi besar

Menjengah ke ruangan ciapan balas, netizen percaya sindiket itu didalangi warga asing sehingga mencemarkan nama baik negara, justeru menggesa pihak berkuasa untuk segera mengambil tindakan.

“Kalau tak kawal makin parah la keadaan ni. Macam kita pergi negara lain takut kena scam, macam tu la pelancong datang negara kita kena hadap benda sama.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kena cepat buat serbuan. Scammer ni warga asing termasuk ada juga dari Indonesia, memburukkan imej Malaysia sedangkan bukan orang kita yang lakukan scam tersebut.

“Scammer ni tak berani kacau orang kita yang bercuti dekat situ. Aku pernah pergi lepak situ, ada seorang ni offer nak tangkapkan gambar aku dengan boyfriend aku, aku terus jelingkan dia.

“Dekat Saloma Link pun ada juga macam ni, tak tahu ada permit ke tak, siap bawa gimbal dengan flash semua, macam terpaling profesional la ambil gambar tu, tapi hasil biasa-biasa je,” demikian antara komen sebahagian warga maya.

Baca Lagi:
Lebih 100 penduduk serbu tasik hidroelektrik selepas kering cari emas
PKR gugur 7 penyandang di Pulau Pinang termasuk Saifuddin Nasution
Kisah individu yang dapat penghargaan selepas bekerja keras dalam pekerjaan yang mereka minati selama berpuluh tahun!