Warga emas terkejut tak dapat mengundi, nama sudah digunakan

Warga emas terkejut tak dapat mengundi, nama sudah digunakan

Warga emas terkejut tak dapat mengundi, nama sudah digunakan. Seorang wanita warga emas mendakwa tidak dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini selepas dimaklumkan oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namanya sudah diguna pakai oleh individu lain yang tidak dikenali.

Zaleha Abdul Rahman, 75, mendakwa dia terkejut apabila petugas SPR menyemak nama dan MyKad miliknya berulang kali namun masih mempunyai status yang sama iaitu sudah mengundi.

Katanya, ketika itu dia baru tiba di pusat mengundi di sebuah sekolah rendah di Kota Sarang Semut jam 9.55 pagi tadi sambil ditemani anak perempuannya, Zuliza Ramli, 38.

Warga emas terkejut tak dapat mengundi, nama sudah digunakan

Zaleha (kanan) dan Zuliza menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas tidak dapat mengundi pada PRU15 kerana nama warga emas itu sudah digunakan individu lain.

“Apabila dimaklumkan mengenai perkara itu saya tidak berpuas hati kerana masih belum mengundi pada ketika itu.
“Saya bukan pengundi baharu, tetapi sudah bertahun-tahun mengundi di tempat mengundi sama. Kenapa perkara ini berlaku?.
“Saya tidak pernah kehilangan MyKad sebelum ini, malah turut menggunakan MyKad itu untuk mengeluarkan wang di bank serta perkara lain, tetapi terkejut apabila berlaku perkara seperti ini,” katanya ketika ditemui di Jalan Stadium, hari ini.

Zuliza berkata, dia dan ibunya sudah membuat laporan di Balai Polis Kota Sarang Semut berhubung perkara itu dan berharap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata siasatan masih dijalankan.

Baca Juga : 
PRU15: Dua warga emas meninggal dunia ketika beratur tunggu giliran mengundi
Pakai “vest” yang memaparkan logo parti ketika mengundi, Hadi langgar peraturan SPR?
Gempar!! lelaki berpakaian kostum ‘Captain America’ mengundi di Pulau Pinang
CATEGORIES