Warga emas selamba merokok walaupun dihempap pokok tumbang

Warga emas selamba merokok walaupun dihempap pokok tumbang

Warga emas selamba merokok walaupun dihempap pokok tumbang. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan rumah seorang lelaki warga emas runtuh akibat dihempap sebatang pokok besar, lapor laman berita Suara.com.

Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menimpa rumah penduduk termasuk rumah Daeng Gewa, 80 yang terletak di daerah Tallo, Kota Makassar.

Penduduk yang panik segera berkumpul di rumah Daeng untuk menyelamatkannya yang tersepit di sebalik runtuhan.

Warga emas selamba merokok walaupun dihempap pokok tumbang

Reaksi Daeng bagaimanapun menghairankan mereka apabila dia dilihat merokok ketika badannya berbaring di bawah pokok tumbang.

Sementara itu, sebilangan pasukan kecemasan berusaha mengalihkan pokok tersebut.

Dengan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda panik, dia yang berbaring membelakangi penduduk terus menghabiskan rokoknya.

Ketua Bahagian Penyelamat Balai Bomba Makassar, Safari Abustam berkata, Daeng Gewa mengalami beberapa kecederaan.

“Luka di betis kanan. Kami memindahkannya ke hospital untuk dirawat,” kata Safari.

Menurut Safari, Daeng ketika kejadian sedang berusaha menenangkan dirinya dengan merokok.

Tindakan Daeng mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Mungkin dia sudah dalam tahap pasrah hidup. Apa pun masalah, bawalah dengan tenang, nak marah pun dah jadi musibah,” tulis netizen.
Baca Juga :
Bakal mengadap TYT dalam masa terdekat, Shafie Apdal umum ada sokongan ADUN BN, WARISAN dan KDM
Jumpa telefon tepi jalan, suami isteri sempat transfer duit RM34,000
Kerja 12 jam sehari, ‘siang jadi foodpanda, malam siapkan tesis’, akhirnya lelaki ini bergelar doktor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *