Warga emas pasang 9 penyaman udara di rumah, sanggup bayar bil RM32,900 sebulan

Warga emas pasang 9 penyaman udara di rumah, sanggup bayar bil RM32,900 sebulan

Warga emas pasang 9 penyaman udara di rumah, sanggup bayar bil RM32,900 sebulan.

Tindakan seorang lelaki di republik ini yang memasang sembilan penyaman udara di apartmen yang disewanya menyebabkan beberapa jiran mengalami masalah pemeluwapan.

Penduduk lain bising sebab tindakan lelaki itu menyebabkan timbul tompok kulat pada dinding rumah mereka.

Pemasangan penyaman udara di kawasan apartmen kebiasaannya melibatkan satu atau dua unit sahaja.

Warga emas pasang 9 penyaman udara di rumah, sanggup bayar bil RM32,900 sebulan

Namun, tindakan lelaki itu yang hanya mementingkan diri untuk kekal berada dalam suhu yang sejuk menimbulkan aduan penduduk setempat.

Difahamkan, lelaki itu akan memasang suhu 18 Celcius setiap hari di rumahnya.

Seorang jiran dikenali sebagai Liu berkata, dia terpaksa mencuci lantai sebanyak tiga kali sehari.

Liu berjiran dengan lelaki itu di tingkat bawah apartmen di Sengkang.

“Sakit kepala saya dibuatnya. Apatah lagi melihat dinding rumah yang muncul tompok-tompok kulat kerana sikap jiran yang tidak bertanggungjawab.

“Malah, kemasan lantai di rumah saya juga mula merekah disebabkan perbezaan suhu yang berlaku,” katanya lapor Shin Min Daily News.

Penghuni yang menimbulkan masalah itu mengaku kepada wartawan dia memang memasang suhu 18 Celcius supaya dapat tinggal dengan lebih selesa semasa musim panas terik ini.

Huang, 63, menyewa apartmen empat bilik memberitahu dia menghidap kanser hati dan suhu sejuk membantu meningkatkan imunitinya.

“Saya pasang lima pendingin hawa di ruang tamu, dua di bilik utama dan baki dua lagi di bilik lain.

“Saya perlu membayar bil sebanyak 10,300 dolar Singapura (RM32,900) sebulan bagi sembilan unit penyaman udara itu,” katanya.

Disebabkan pihak pengurusan menerima banyak aduan mengenai lelaki itu, Huang akhirnya mengalah dan berpindah keluar dari apartmen itu sejak minggu lalu.

Dilaporkan dia juga turut membawa sebanyak lapan unit penyaman udara untuk berpindah ke rumah baharu.

“Hendak pasang pennyaman di rumah baharu sudah tentu melibatkan kos yang banyak, tetapi saya tidak kisah asalkan dapat hidup dengan selesa,” katanya.

Baca Lagi:

Terkini : Yusof Qaradawi meninggal dunia

Pengadu kes dera pelajar Madrasah didakwa buat laporan palsu

Ini 7 sebab kenapa lelaki melayu suka dengan amoi berbanding perempuan melayu..

CATEGORIES