Warga emas macam ‘spiderman’, tangan dan kaki melekat

Warga emas macam ‘spiderman’, tangan dan kaki melekat

Warga emas macam ‘spiderman’, tangan dan kaki melekat. Keberanian dan kebolehan ini dimiliki oleh salah seorang lelaki dari Kampung Orang Asli Gesau, Rahim Yop Janggul, 45, yang mampu memanjat pokok petai lebih 30 meter, malah kadangkala pernah lebih daripada itu terutama di kawasan kaki bukit memang dikagumi.

Tanpa menggunakan sebarang alat memanjat dengan selamba sahaja dia mengerah kudrat dan tenaga memanjat pokok petai terbabit.

Menariknya, ketika memanjat didapati tapak kaki dan tangannya seolah-olah melekat pada batang pokok terbabit seperti aksi yang pernah kita lihat dalam filem Inggeris iaitu Spiderman.

Kekuatan kaki untuk menolak pergerakan badan dan tangan untuk memegang permukaan pokok digunakan sepenuhnya sebelum sampai ke dahan pokok petai.

Warga emas macam 'spiderman', tangan dan kaki melekat

Rahim berkata, dia mula mengambil upah memanjat pokok petai secara sambilan di sekitar kampung Orang Asli dan berdekatan sejak berumur 15 tahun lagi.

Katanya, dia belajar teknik memanjat pokok petai daripada ayahnya, Yop Janggul yang ketika itu juga mengambil upah dengan memanjat pokok petai di Kampung Orang Asli Tenau, Ulu Slim.

“Bila mula memanjat, tapak kaki kena kuat menekan pada permukaan pokok, tangan pula perlu memegang kuat pada permukaan pokok.

“Permukaan pokok petai yang agak kasar atau kesat memudahkan saya memanjat walaupun selepas hujan tanpa menggunakan alatan.

“Ketika tangan dan kaki bergerak serentak memanjat pokok, jangan sesekali pandang ke bawah kerana bimbang terasa gayat nanti,” katanya ketika ditemui ketika mengambil upah memanjat pokok, dekat sini.

Ketika memanjat, dia membawa tali yang berfungsi untuk menaikkan galah buluh serta untuk menurunkan petai nanti.

Petai yang dikait perlu diturunkan dengan menggunakan tali yang panjangnya 100 meter dari atas pokok supaya petai terbabit tidak patah dan rosak.

Galah buluh berkenaan menggunakan cangkuk daripada ranting kayu yang kuat dan elakkan menggunakan pisau.

Penggunaan pisau dipercayai boleh menyebabkan hasil petai pada ranting berkenaan akan berkurangan pada musim akan datang.

Berkenaan upah memanjat pokok petai pula, dia berkata, petai yang berjaya diturunkan dari pokok terbabit akan dikumpulkan dan dikira bilangan papan petai terlebih dahulu.

“Petai kurang bermutu atau rosak akan diasingkan terlebih dahulu kemudian dikumpul mengikut ikat. Seikat petai biasanya berjumlah 100 papan petai dan harga seikat biasanya antara RM80 hingga RM130.

“Bagaimanapun, harga petai bergantung kepada jenis petai, panjang atau keadaan mata petai.”

Baca Lagi:
Pandai buat untung, lelaki beli 200 buah Land Rovers Defenders 8 tahun lepas, kini dijual semula harga bernilai RM1.16 juta sebuah
Kecoh wang Bantuan Awal Persekolahan RM100,000 lesap
Kisah kedai dobi layan diri, walaupun sekarang musim hujan tapi tiada ramai orang
CATEGORIES