Warga emas jumpa berguni wang tunai ketika kemas rumah sendiri

Warga emas jumpa berguni wang tunai ketika kemas rumah sendiri

Warga emas jumpa berguni wang tunai ketika kemas rumah sendiri. Seorang warga emas teruja apabila menemui wang berjumlah 80 juta rupiah (RM22,925) di rumahnya di Kampung Tigo Diate, bandar Payakumbuh, Sumatera Barat.

Lapor Tribunnews, Palyuri, 81, menemui wang tersebut ketika membersihkan rumahnya yang dipenuhi longgokan baju yang diberikan oleh orang ramai.

Ketua Kampung Tigo Koto Diate, Musleniyetti berkata, orang kampung turut membantu mengeluarkan pakaian dan barangan milik warga emas itu yang mesra dipanggil Biyok.

Warga emas jumpa berguni wang tunai ketika kemas rumah sendiri

Katanya, wang berselerakan ditemui di dalam rumah Biyok dengan pecahan wang 100 (dua sen) hingga 100,000 rupiah (RM28).

“Terdapat banyak wang di lantai, dalam pakaian, bawah bantal dan tilam. Banyak sangat wang yang dijumpai bermula dari 25 hingga 100 rupiah,” katanya.

Menurut Musleniyetti, agak sukar untuk mengira wang tersebut kerana mengambil masa yang panjang.

Malah, katanya, seramai lapan orang mengira wang tersebut pada hari pertama dan bertambah 16 orang pada hari kedua.

Warga emas jumpa berguni wang tunai ketika kemas rumah sendiri

“Wang itu akan disimpan di Bank Nagari atas nama lelaki itu dan masih terdapat beberapa guni wang yang masih belum dikira.

“Setakat ini, kami kira jumlahnya sudah melebihi 80 juta rupiah, belum lagi wang di bank. Selepas dikeluarkan semua wang baru dihitung berapa jumlah keseluruhan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, wang yang dikumpul Biyok bukanlah hasil meminta sedekah tetapi pemberian daripada orang lain.

Jelasnya, lelaki itu dikenali kerana suka membantu walaupun tanpa diminta ketika majlis perkahwinan dan dia sering menerima penghargaan berupa wang tunai.

Baca Lagi:
Black Hanifah dituduh beli kapal layar mewah di Langkawi untuk cuci duit haram
Lelaki rogol budak 13 tahun hingga lahirkan bayi
Lelaki tengking manager stesen minyak selepas disuruh bayar dahulu sebelum isi
CATEGORIES