Warga emas cipta dapur memasak guna kuasa air

Warga emas cipta dapur memasak guna kuasa air

Warga emas cipta dapur memasak guna kuasa air.  Seorang lelaki warga Nigeria yang menetap di kawasan Jekadafari, negeri Gombe dilaporkan mencipta dapur memasak tanpa gas yang boleh berfungsi dengan hanya menggunakan air, lapor laman berita Legit.

Hadi Usman, 67, mencipta dapur yang tidak memerlukan gas atau minyak tanah dalam menghasilkan api untuk memasak.

Menurut media tempatan, juruteknik elektronik itu berjaya menghasilkan inovasi berkenaan kerana ingin memberikan sibsidi kepada kos penggunaan gas dan minyak tanah.

Warga emas cipta dapur memasak guna kuasa air

Sebuah video di laman YouTube memaparkan situasi ketika Hadi menunjukkan bagaimana dapur tanpa gas itu berjaya menghasilkan api.

Baca lagi:  Kucing ini terlalu rindukan arwah, sampai tak lalu makan dan akhirnya ia pergi selepas 41 hari

Lelaki yang pernah memasang pemancar radio serta mengendalikan stesen radio komuniti suatu masa dulu itu mahu institusi-institusi berkaitan membantu mempatenkan hasil inovasinya.

Beliau juga mahu wujudkan kerjasama dalam memastikan ia dihasilkan secara besar-besaran.

“Saya berharap institusi berkaitan boleh menyokong ke arah mempatenkan projek ini untuk pengeluaran besar-besaran. Ini bagi membantu mereka tanpa perlu membeli gas atau minyak tanah untuk memasak tetapi hanya dengan menggunakan air,’’ kata Hadi

Baca Juga : Pengasas tudung dari Kelantan raih untung RM10,000 dalam 2 minggu, ini rahsia nya

Lelaki cipta rekod dunia potong rambut pelanggan sepantas 47 saat

CATEGORIES