Warga Bangladesh direman SPRM sogok polis RM100

Warga Bangladesh direman SPRM sogok polis RM100

Warga Bangladesh direman SPRM sogok polis RM100. Gara-gara memberi wang rasuah RM100 kepada anggota polis, seorang buruh warga Bangladesh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam.

Sogokan itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memandu kereta tanpa lesen.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku ketika suspek sedang memandu sebelum ditahan polis untuk pemeriksaan.

Warga Bangladesh direman SPRM sogok polis RM100

Bagaimanapun suspek menyogok anggota tersebut dengan wang tunai RM100.

Katanya, anggota polis tersebut kemudian menyerahkan suspek ke Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 2 petang semalam dan ditahan bagi membantu siasatan.

Susulan itu, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 31 Januari selepas pihak SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Katanya, kes seumpama ini merupakan iktibar kepada masyarakat agar tidak sewenang-wenangnya memberi rasuah kepada mana-mana pihak penguat kuasa bagi tujuan melepaskan diri dari melakukan kesalahan jenayah.

Baca Lagi:
Apartment top 10 paling berhantu di Port Dickson, wanita cerita diganggu semasa bercuti
Lelaki jumpa ‘Tiger Cat Fish’ di sungai Malaysia
7 sebab lelaki Melayu suka gadis Cina, Korea atau Jepun berbanding wanita Melayu
CATEGORIES