Warga asing main judi di laluan penjalan kaki, tindakan lelaki ini buat dapat pujian dan tabik spring dari netizen. Kebanjiran warga asing di Malaysia dilihat semakin merisaukan pada saban hari. Lebih membimbangkan lagi adalah apabila mereka cuba membawa budaya negatif mereka ke dalam masyarakat tempatan.
Tular satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @blackpesol di mana warga asing dilihat berani menjalankan aktiviti perjudian di laluan pejalan kaki secara terbuka.
Berdasarkan video tersebut, beliau menjumpai sekumpulan warga asing yang mengerumuni seorang individu yang disyaki menjadi dalang kepada aktiviti tersebut di sekitar jalan Jelatek.
Apabila mendekati kumpulan itu, dapat dilihat sedang berlangsungnya permainan judi berasaskan kad poker di atas papan seterika.
Malah, individu yang menyediakan permainan itu juga kelihatan menggengam wang di tangan yang disyaki sebagai wang taruhan.
Seusai kemudian, beliau terus menjerkah kepada kumpulan warga asing yang terlibat lalu memberi amaran untuk tidak melakukan aktiviti haram itu lagi.
@blackpesol #videoviral #fyp #fypシ ♬ original sound – blackpesol
Video yang dikongsikan itu telah meraih jumlah tontonan sekitar 646.K dengan 22.7K likes dan sejumlah komentar daripada pengguna maya tempatan.
Menjengah ke ruangan komentar, warga netizen sangat berpuas hati dan memuji tindakan individu tempatan ini kerana berani menegur secara berhadapan dengan sekumpulan warga asing yang melakukan akviti perjudian itu meskipun sedang berseorangan.
Sebahagian pengguna juga berpendapat rakyat Malaysia perlu lebih berkeras dengan warga asing yang melanggar undang-undang di sini atau berkelakuan tidak senonoh.