Wanita Ukraine maut dibedil kereta kebal Rusia ketika cari ubat untuk ibu sakit

Wanita Ukraine maut dibedil kereta kebal Rusia ketika cari ubat untuk ibu sakit

Wanita Ukraine maut dibedil kereta kebal Rusia ketika cari ubat untuk ibu sakit. Tragis apabila seorang wanita yang meninggalkan rumahnya di Kyiv, Ukraine bagi mendapatkan ubat untuk ibunya yang sakit dilaporkan maut selepas keretanya dibedil oleh kereta kebal Rusia.

Anak kelahiran Ukraine itu, Valeriia Maksetska terbunuh dalam satu kejadian di sebuah kampung di luar Kyiv, menurut satu kenyataan daripada agensi pembangunan antarabangsa USAID.

Pentadbir USAID, Samantha Power berkata, Valeriia, Irina dan pemandu mereka Yaroslav berada di dalam kereta menunggu untuk konvoi Rusia melalui sebuah jalan, sebelum sebuah kereta kebal membedul kenderaan dinaiki mereka.

Wanita Ukraine maut dibedil kereta kebal Rusia ketika cari ubat untuk ibu sakit
Beliau mengesahkan bahawa ketiga-tiga mangsa maut dalam serangan itu. Valeriia bekerja di Chemonics, sebuah firma pembangunan antarabangsa yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat dan bekerjasama dengan USAID. Dia memiih untuk membantu rakyat di Ukraine selepas pencerobohan Rusia, dan digambarkan sebagai wanita yang berani dan baik hati.

Ketua eksekutif Chemonics, Jamey Butcher menulis: “Ini adalah pekerja saya Valeriia (Lera) Maksetska. Dia terbunuh di sebuah kampung di barat Kyiv ketika cuba mendapatkan ubat untuk ibunya yang sakit.” Menurut Samantha, Valeriia baru menyambut hari lahir ke-32 sebelum dibunuh oleh tentera Rusia.

Baca lagi: 

Gempar!!! Russia temui makmal virus rahsia di Ukraine yang ditubuh oleh AS.

Sukarelawan Ukraine terbunuh ditembak “dari jarak dekat” ketika hantar makanan ke tempat perlindungan anjing

Ukraine pelawa ibu Rusia jemput anak lelaki mereka yang ditangkap di Kyiv

CATEGORIES