Wanita tolak tawaran kerja gaji RM9,000 sebab tempat kerja ramai ‘Type C’

Photo of author

By Joe

Wanita tolak tawaran kerja gaji RM9,000 sebab tempat kerja ramai ‘Type C’. Baru-baru ini, satu posting di media sosial X oleh @meinmokhtar mengenai wanita yang enggan menerima tawaran kerja dengan ‘Type C’ telah menarik perhatian ramai.

Seorang wanita Malaysia mengaku bahawa dia menolak tawaran pekerjaan yang menawarkan gaji bulanan RM9,000.

Sebabnya? Tempat kerja tersebut didominasi oleh komuniti ‘Type C’.

Wanita tolak tawaran kerja gaji RM9,000 sebab tempat kerja ramai ‘Type C'

Jika anda tidak biasa dengan istilah ini, ‘Type C’ merujuk kepada komuniti Cina di Malaysia.

Wanita tersebut yang memilih untuk tidak mendedahkan identitinya, menolak untuk melalui tempoh percubaan di tempat kerja baru kerana mendapati tempat kerja tersebut didominasi oleh komuniti ini.

“Baru lepas tolak offer company gaji 9k sebab dah tengok company penuh dengan type-c mati aku kena balun nanti. Aku ni dahlah hati tisu sejak jadi mak-mak ni,” katanya.

Isu ini telah menjadi perbualan hangat di media sosial, adakah bangsa rakan sekerja kita benar-benar penting?

Banyak dari mereka yang meniti karier di syarikat multinasional perlu berinteraksi dengan pelbagai bangsa dan latar belakang.

Ramai pengguna media sosial terkejut apabila mengetahui bahawa wanita tersebut menolak peluang pekerjaan hanya kerana pertimbangan bangsa.

Mereka percaya bahawa dia sepatutnya mempertimbangkan faedah-faedah yang boleh diperoleh dengan bekerja di tempat tersebut.

Seorang pengguna berkata, “Lebih baik kerja dalam syarikat penuh dengan ‘Type M’. Kita sudah pun merasai bagaimana mereka boleh bercakap di belakang, memfitnah ‘Type M’ ini. Lebih baik penuh dengan ‘Type C’. Kita boleh belajar bagaimana mereka bekerja sebagai satu pasukan.”

Pengguna lain menambah, “Bekerja dengan ‘Type C’ ini bukanlah perkara yang sukar. Sebenarnya mereka sangat rajin. Walaupun waktu pejabat dari 9 pagi hingga 6 petang, mereka sudah mula bekerja sebelum pukul 9 pagi. Mereka juga pulang awal tidak lewat dari jam 6:30 petang. Mereka tidak memerlukan budaya kerja lewat tetapi sekurang-kurangnya boleh memberi motivasi untuk bekerja dengan rajin.”

Seorang pengguna lain berpendapat, “Bekerja dengan ‘Type M’ lebih sukar lagi. Seperti bekerja dengan ‘Type C’ tetapi tanpa gaji, tanpa sumbangan EPF, tanpa SOCSO, dan bermain dengan agama. Memilih syarikat yang berstatus ‘Type M’ perlu lebih berhati-hati daripada syarikat ‘Type C’. Jika budaya syarikat itu baik dan gaji yang ditawarkan adil, go on.”

Isu ini mencerminkan cabaran dan persepsi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam dunia pekerjaan.

Mungkin yang lebih penting adalah menghargai kepelbagaian dan berusaha untuk membina persekitaran kerja yang inklusif, di mana setiap individu, tanpa mengira bangsa, boleh bekerja secara harmoni dan produktif.

Baca Lagi:
Baru seminggu bertukar status “J”, ramai lelaki miang mula mengorat Nora Danish
Cara nak dapatkan gaji yang kita idamkan selama ini ketika temuduga kerja, ini cara berkesan yang wajib buat
Pegawai bank terima komisen sehingga RM240,000 jadi ‘orang dalam’ curi duit RM24.2 juta dalam akaun simpanan