Wanita tinggal di Gaza kecewa ramai rakyat Malaysia hubungi semata-mata nak dengar bunyi bom

Photo of author

By Joe

Wanita tinggal di Gaza kecewa ramai rakyat Malaysia hubungi semata-mata nak dengar bunyi bom. Bagi yang mengikuti perkembangan Palestin – Israel, mungkin mengenali seorang rakyat Malaysia iaitu Dr. Nurul Ain Latif yang berada di Semenanjung Gaza bersama suami.

Nama Dr. Nurul mula dikenali selepas sering berkongsi perkembangan dan situasi terkini peperangan yang berlaku di sana. Perkongsian itu sedikit sebanyak membantu kita di sini untuk mengetahui situasi dan kesukaran sebenar berada di sana.

Bagaimanapun, Dr. Nurul meluahkan rasa terkilannya apabila ramai rakyat Malaysia menghubunginya semata-mata mahu mendengar bunyi bom di sana.

Wanita tinggal di Gaza kecewa ramai rakyat Malaysia hubungi semata-mata nak dengar bunyi bom

Menurut Ain, sepatutnya rakyat Malaysia lebih sensitif mengenai hal tersebut dan memahami situasi genting yang sedang dilaluinya serta rakyat Palestin ketika ini.

Engkau orang ingat benda ini main-main ke? Kamu nak doakan kami kena bom ke apa sekarang ini?

Dr. Nurul ketika ini sedang berusaha menghantar bantuan kepada penduduk Gaza yang terjejas selepas serangan besar-besaran dilakukan pendatang haram Israel. Jadi, berpada-padalah dalam meminta sesuatu, lihat dan dengar sahaja apa yang dikongsikan mereka di sana.

Untuk pengetahuan korang, Dr. Nurul Ain berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan berkahwin dengan lelaki warganegara Palestin pada Oktober lalu.

Baca Lagi:
Kedai viral di Kelantan, pengasas Mee Warisan kongsi kisah kedai ditiru bulat-bulat oleh penyewa sebelah
“Harta ayah jadi rebutan”, semasa ayah nazak tiada siapa yang peduli, lepas mati je merekalah orang yang paling awal tanya duit ayah ada berapa
“Suami bagitahu dekat kekasih dia yang aku sanggup bermadu tapi dengan syarat, menangis dia bila dapat tahu syarat aku”