Wanita terliur tengok popia sira di bazar, selepas beli terkejut tengok isi dalam masa berbuka puasa

Wanita terliur tengok popia sira di bazar, selepas beli terkejut tengok isi dalam masa berbuka puasa

Wanita terliur tengok popia sira di bazar, selepas beli terkejut tengok isi dalam masa berbuka puasa. Hanya indah di luaran.

Itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan keadaan kuih popia yang dibeli oleh seorang wanita di bazar Ramadan, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikannya di laman sosial, kelihatan empat biji kuih popia sira sambal yang dibelinya itu cantik dibungkus dalam pek jernih, siap ditabur bawang goreng.

Namun sebaik saja kuih tersebut dipotong dua, ternyata isi dalamannya tidak seindah yang disangka.

Wanita terliur tengok popia sira di bazar, selepas beli terkejut tengok isi dalam masa berbuka puasa

“Alkisah makanan bazar. Rupa luar menyelerakan. Sayang, dalamannya hangus,” demikian kapsyen yang ditulis wanita tersebut pada perkongsiannya.

Mana tidaknya, dapat dilihat inti sayur-sayuran di dalam popia tersebut berwarna kehitaman kerana digoreng sehingga hangus.

Perkongsian tersebut meraih perhatian warga maya yang turut bersimpati dengan wanita berkenaan.

Malah mereka turut melahirkan rasa hairan bagaimana inti popia tersebut sahaja yang hangus sedangkan kulitnya kelihatan berwarna kuning keemasan seperti biasa.

Di ruangan komen, wanita tersebut juga berkata dia sendiri ‘tertipu’ apabila melihat luaran popia itu sehingga tergoda untuk membelinya.

“Sebab di luar tak rentung pula kalau nak kata terlebih goreng,” komennya.

@sapikahhhhhhh Makanan bazar yang menyedihkan 🥲 #bazarramadan #fail #failfoods #sad #ramadankembalikuat @sapikahhhhhhh ♬ suara asli – Titomunandar

Kebanyakan netizen berpendapat, berkemungkinan inti yang digunakan tersebut adalah inti yang tidak habis dijual dan digoreng lagi sekali, menjadikannya terlebih masak hingga hangus.

Bagaimanapun, wanita tersebut tidak menyatakan nama gerai atau lokasi bazar Ramadan yang dikunjunginya itu.

Sehingga kini, videonya meraih melebihi 713,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya turut meluahkan rasa kecewa kerana pernah merasai pengalaman buruk ketika membeli juadah di bazar Ramadan.

“Samalah… saya baru kena semalam dapat dua ketul dalamnya hangus.

“Semalam beli air naga RM4. Sekali sedut, basi!

2000776

“Saya beli lemang, dapat mentah. Balik rumah nak makan mentah. Dah la beli mahal, campur dengan rendang RM26 tapi tak boleh makan.

“Entahlah, tahun ini hambar betul bazar. Nak berniaga tu ikhlas la sikit. Tak kisahlah harga naik sikit tapi pastikan berbaloilah,” demikian antara komen netizen.

Dalam masa yang sama, mereka turut mencadangkan wanita tersebut membuat aduan kepada peniaga berkenaan supaya dapat memperbaiki mutu makanan yang dijual agar perkara yang sama tidak lagi berulang.

Baca Lagi:
Tular tangkap layar tarikh akhir Ramadhan 20 April 2023, ini penjelasan Jakim
4 beradik maut rumah terbakar, ibu keluar sekejap cari lauk berbuka
Ustaz Wadi Annuar dipanggil JAIPs beri keterangan mengajar tanpa tauliah
CATEGORIES