Wanita terkejut pihak bank datang rumah bagitahu ada duit tak dituntut sebanyak RM176,000

Wanita terkejut pihak bank datang rumah bagitahu ada duit tak dituntut sebanyak RM176,000

Wanita terkejut pihak bank datang rumah bagitahu ada duit tak dituntut sebanyak RM176,000. Kerana terlupa ada simpan duit di akaun bank sejak lima tahun lalu, wanita ini sampai didatangi pihak bank ke pejabatnya, memberitahu jumlah wang dalam akaun simpanannya kini telah mencecah Rp 600 juta (kira-kira RM176 ribu).

Berita ini cukup mengejutkan pemilik akaun bank tersebut, seorang wanita dari Indonesia yang dikenali sebagai Cindy Prasetya. Bukan sekadar lupa pernah membuka akaun bank berkenaan, Cindy juga sudah tak memiliki kad ATM akaun itu.

Momen Cindy didatangi pihak bank ini turut dimuatnaik di akaun TikTok @addinnt dan sempat mendapat perhatian warga net. Video tersebut telah ditonton sebanyak 1.4 juta kali di TikTok setakat ini.

Wanita terkejut pihak bank datang rumah bagitahu ada duit tak dituntut sebanyak RM176,000

Menurut Cindy melalui video yang diunggah di akaun TikTok miliknya, dia membuka akaun bank tersebut sekitar November 2016 dan menyimpan Rp 430 juta (kira-kira RM126 ribu) dalam akaun berkenaan. Namun setelah beberapa tahun, wang dalam akaun tersebut bertambah sebanyak Rp 170 juta (kira-kira RM50 ribu).

“Kalau aku, tertinggal baki pun cari”

Menjengah ke ruangan komen, warga net turut bingung bagaimana Cindy boleh terlupa ada duit sebanyak itu. Malah Cindy turut kelihatan santai bila mengaku yang dia sebenarnya lupa akan akaun bank tersebut.

Baca Lagi:
13 tahun telah berlalu, ramai tak sangka ini kehidupan terkini balu Achik Spin
Rezeki pekerja lori sampah, ahli perniagaan tersilap buang plastik hitam berisi wang tunai RM90,000
Nad Zainal sah nikah dengan Ungku Ismail, kenali latar belakang siapa sebenarnya lelaki ini
CATEGORIES