Wanita terkejut kereta terbakar tapi botol air jenama ini tetap dalam keadaan baik siap ada ais lagi

Wanita terkejut kereta terbakar tapi botol air jenama ini tetap dalam keadaan baik siap ada ais lagi

Wanita terkejut kereta terbakar tapi botol air jenama ini tetap dalam keadaan baik siap ada ais lagi. Baru-baru ini, seorang wanita di luar negara dikejutkan dengan keretanya yang terbakar, namun apa yang menjadi perhatian ialah apabila tumbler atau botol air jenama terkenal Stanley miliknya yang berada di dalam kereta ketika kejadian tidak rosak dan masih ada ais di dalamnya.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Danielle telah berkongsi keadaan keretanya dan tumbler itu di TikTok baru-baru ini kerana dia kagum dengan kualiti tumbler jenama Stanley itu.

Dalam video TikTok yang berdurasi selama 14 saat itu, dapat dilihat wanita tersebut mengangkat tumbler Stanley itu dan menggoncangkannya untuk menunjukkan bahawa ais di dalam tumbler itu masih ada dan tidak cair meskipun ditinggalkan di dalam kereta yang terbakar.

Wanita terkejut kereta terbakar tapi botol air jenama ini tetap dalam keadaan baik siap ada ais lagi

Walaupun bahagian luar tumbler itu sedikit hitam dan straw bengkok akibat haba kebakaran, namun nampaknya bahagian dalam tumbler itu tidak terjejas, menandakan kualiti botol air itu memang bagus kerana ais dapat kekal lama tanpa cair meskipun ketika haba tinggi.

@danimarielettering Thirsty after you catch on fire? @Stanley 1913 is like no problem i gotchu #fyp #carfire #accident #stanleycup ♬ original sound – Danielle

Apa yang lagi menarik ialah video keadaan botol air Stanley itu telah mendapat perhatian CEO syarikat jenama Stanley itu dan beliau berbesar hati mahu memberikan wanita itu kereta baru dan tumbler Stanley baru sebagai ganti kepada wanita tersebut.

@stanleybrand #stitch with @Danielle ♬ original sound – Stanley 1913

Nampaknya perkara ini telah menjadi marketing percuma kepada jenama Stanley ini sebab rata-rata pengguna TikTok mengatakan di ruangan komen bahawa mereka kini yakin dengan kualiti produk jenama itu dan mahu memiliki sendiri tumbler terbaik tersebut.

Wanita terkejut kereta terbakar tapi botol air jenama ini tetap dalam keadaan baik siap ada ais lagi

Baca Lagi:
Muhyiddin dedah sesuatu buat penyokong PAS marah
Minyak masak paket subsidi mungkin dijual sebagai minyak masak terpakai – Menteri
Kenapa ‘ikan emas’ jadi haiwan peliharaan pertama semasa kecil?, ini jawapanya
CATEGORIES