Wanita teriak dalam lif minta tolong, lif asyik terbuka di tingkat 9 yang usang

Wanita teriak dalam lif minta tolong, lif asyik terbuka di tingkat 9 yang usang

Wanita teriak dalam lif minta tolong, lif asyik terbuka di tingkat 9 yang usang. Gangguan mistik boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Baru-baru ini, seorang wanita juga tampil berkongsikan satu kejadian menyeramkan yang sempat dilaluinya ketika keluar berdua bersama temannya.

Sumpah ini seram sangat, nasib baik tak dibawa ke alam sebelah

Ketika menaiki lif, mereka dibawa naik ke tingkat 9 dan suasana meremang terus dirasai setelah pintu terbuka. Disangka ada orang lain menunggu di luar, rupanya aras tersebut merupakan satu ruangan terbiar yang terlihat sangat-sangat usang. Dengan sebuah kerusi coklat panjang serta sampah-sampah berupa kayu buruk, si perakam memang tidak dapat menyembunyikan rasa takutnya.

Wanita teriak dalam lif minta tolong, lif asyik terbuka di tingkat 9 yang usang

Lif asyik terbuka di tingkat 9 padahal kami dah tekan butang tingkat 4 & 5

Sebenarnya, mereka sudah berkali-kali menekan butang lain dengan harapan lif itu akan bergerak ke tingkat lain. Malangnya, pintu berkenaan masih terbuka lagi di aras sama 3 kali berturut-turut. Ia akhirnya memaksa mereka untuk menjerit minta tolong sebelum menekan butang kecemasan. Mujurlah ada pengawal keselamatan naik ke atas untuk membantu kedua-duanya.

Kalau asyik terbuka, maknanya ada tekan dari luar? Biasa kan macam tu?

Meraih lebih 7 juta tontonan, netizen juga ikut seram dengan pengalaman misteri yang dialami si empunya video. Kata mereka jika pintu lif asyik terbuka, ini bermakna ada ‘sesuatu’ yang sengaja menekan butang dari luar.

@ataphoror Ada apa dengan lantai 9 ?…wanita itu histeris ketakutan sudah 3 kali klik lantai 4 dan 5 dan lagi lagi tetap di pantai 9 konon katanya tempat ini sangat angker.#lantai9hotel ♬ suara asli – Atap Horor🩸

Wanita teriak dalam lif minta tolong, lif asyik terbuka di tingkat 9 yang usang

Baca Lagi:
Lebih 100 buah kenderaan kemalangan atas jambatan
Nampak sedap rupanya bukan yang dijangka, pembeli kecewa beli ‘donat palsu’ di pasar malam Bachok
“Aku tak tahu nak luah dekat siapa, ayah dah pencen gred 19, mama dah masuk umur 50an tapi buat onar, curang dengan lelaki lain siap hantar gambar bukan-bukan..”
CATEGORIES