Wanita tangkap suami dengan nenek tua, sekali semua terbongkar

Wanita tangkap suami dengan nenek tua, sekali semua terbongkar

Wanita tangkap suami dengan nenek tua, sekali semua terbongkar. Satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan seorang isteri menangkap suaminya ketika menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita tua tetapi dia sebenarnya merupakan pasangan lelaki berkenaan yang sah, lapor portal berita Pikiran Rakyat hari ini.

Rakaman video mengenainya disiarkan dalam akaun TikTok, @Layla_magnoon dan wanita tua tersebut menggunakan bahasa Jawa ketika berbicara.

Si isteri itu dikenali sebagai Layla mengetahui hubungan suaminya dengan wanita tua tersebut setelah mendapatkan maklumat mengenai mereka berdua melalui telefon bimbit lelaki berkenaan.

Wanita tangkap suami dengan nenek tua, sekali semua terbongkar

Si isteri menyangka wanita tua itu adalah kekasih gelap suaminya.

Ketika kejadian, wanita tua itu pula tidak tahu bahawa wanita muda yang datang ialah madunya.

Pertengkaran berlaku antara wanita muda dengan perempuan tua tersebut sehingga akhirnya status sebenar mereka terbongkar.

Bagaimanapun, kata Layla, dia hairan kerana suaminya memilih wanita tua sebagai isteri kedua.

Baca Lagi:
Dari dulu sampai sekarang ramai yang tak tahu kenapa pemain bola diiringi kanak-kanak ketika masuk padang, ini sebabnya
Akibat cuaca panas, ribuan ikan talipia mati di Tasik Unisza
Ibu didakwa rakam video lucah bersama 2 anak sendiri
CATEGORIES