Wanita Scotland cuba minum Milo ais buat pertama kali, netizen terhibur tengok reaksinya

Wanita Scotland cuba minum Milo ais buat pertama kali, netizen terhibur tengok reaksinya

Wanita Scotland cuba minum Milo ais buat pertama kali, netizen terhibur tengok reaksinya.  Jika anda seseorang yang mengikut perkembangan food review di TikTok, pasti anda mengenali seorang gadis dari Scotland bersama ibunya yang menetap di Malaysia. Dia dan ibunya menjelajah makanan serta minuman unik di negara ini dan memberi komen juga pendapat tentang segi rasa dan persembahan makanan.

Ramai Netizen Terhibur Dengan Reaksinya

Terbaharu, videonya telah tular sekali lagi apabila netizen terhibur melihat reaksi ibunya. Dia mencuba minum Milo Ais buat pertama kali dalam hidupnya. Menurut ibunya, rasa air Milo seakan rasa air coklat milkshake tetapi dengan kepekatan yang kurang berbanding milkshake.

Wanita Scotland cuba minum Milo ais buat pertama kali, netizen terhibur tengok reaksinya

Katanya lagi, dia lebih menyukai air Milo yang rasanya sebati berbanding coklat milkshake yang terlaku pekat di negara mereka. Jadi, Milo Ais di Malaysia membuatkan dia lebih menggemari minuman coklat yang selama ini tidak disukainya.

“Mak saya mencuba minum milo ais buat pertama kali. Katanya sedap dan memang padan dengan rasa tekaknya,” kata Alana Dunsmore menyimpulkan bahawa air Milo Ais yang dicuba mereka lazat.

Milo Ais Malaysia Sedap, Tak Pekat Sangat Macam Coklat Milkshake

@alanadunsmore Milo ais is a BIG thumbs up from mom 😍🫶🏼🇲🇾 #malaysia #malaysiantiktok #malaysiatiktok #fypmalaysia #kualalumpur #kl #fypkl #miloais #milo #mamakdrinks ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Melihat ruangan komen netizen yang rata-rata dibanjiri dengan netizen dari Malaysia, ramai yang terhibur dan memberi pendapat masing-masing. Ada juga dari kalangan netizen yang menyuruh mereka mencuba versi milo ais Malaysia, iaitu Milo Tabur ataupun Neslo.

“Mantap betul, suka betul mereka dengan makanan Malaysia. Terima kasih,” kata netizen.

“Pergi pekena Milo Ais kedai Mamak pula, try milo dekat sana,” cadang seorang netizen bernama Amirul Akmal.

“Try lah Milo Tabur, Milo Dinosaur dan Neslo, yang tu versi Malaysia punya. Mesti sedap lagi dan kaw,” kata netizen lain bernama Aiman, turut memberi cadangan.

Kena Try Milo Tabur Dinasour / Neslo Versi Malaysia Pula

Wanita Scotland cuba minum Milo ais buat pertama kali, netizen terhibur tengok reaksinya

Melihat daripada pengalaman yang dikongsi mereka, mengenal buadaya dan tradisi negara lain memang membuatkan kita lebih menghargai kepelbagaian yang ada di bumi Tuhan. Setiap negara punya budaya dan cara masing-masing yang berbeza.

Raikan kepelbagaian dengan cara yang paling baik dan kita akan hidup dengan lebih bahagia.

Baca Juga : 
Wanita pesan ‘lala masak merah’ pakai foodpanda, sekali yang dapat daun pucuk ubi dan sekeping nota dari rider
Rakyat Malaysia berang Taste Atlas letak makanan Malaysia ke-39 tersedap di dunia
Peluang buat rakyat Malaysia saksikan lagenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo akan beraksi di Malaysia
CATEGORIES