Wanita samun kedai emas rupanya hamil 6 bulan ‘mengidam’ nak buat sesuatu yang ekstrem

Wanita samun kedai emas rupanya hamil 6 bulan 'mengidam' nak buat sesuatu yang ekstrem

Wanita samun kedai emas rupanya hamil 6 bulan ‘mengidam’ nak buat sesuatu yang ekstrem. Wanita hamil enam bulan dicekup polis selepas disyaki terbabit cubaan samun kedai emas, di Ayer Keroh, Selasa lalu.

Wanita berusia 35 tahun terbabit yang juga bekerja sebagai eksekutif syarikat swasta ditahan polis di Kampung Kuala Linggi, kira-kira 5 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati suspek mendakwa dia berbuat demikian kerana ingin mencuba sesuatu yang ekstrem.

Wanita samun kedai emas rupanya hamil 6 bulan 'mengidam' nak buat sesuatu yang ekstrem

“Semakan dilakukan juga mendapati dia sudah berkahwin dan mempunyai anak dan kini sedang hamil enam bulan.
“Turut dirampas bersama suspek adalah pisau yang berukuran kira-kira 13 sentimeter (cm) yang dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, suspek kini direman selama empat hari sehingga 27 Disember ini untuk siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan iaitu cubaan merompak menggunakan senjata,” katanya.

Terdahulu, tular video memaparkan wanita berjubah hitam dan memakai pelitup muka mengacukan pisau kepada pekerja kedai emas.

Dia kemudian meminta pekerja terbabit memasukkan barangan kemas ke dalam beg galas dibawanya, namun tindakan itu tidak berjaya apabila seorang daripada pekerja kedai emas itu menyedari kejadian.

Baca Lagi:
20 tahun setia kerja tebar roti canai di Malaysia, ane sebak bila nak tinggalkan Malaysia terpaksa pulang ke India
Suka tinggal di Malaysia, Minah Salleh ini beri 5 sebab kenapa suka Malaysia buat netizen terkejut
Anak MB Kelantan dedah harga sebenar beg tangan umi buat ramai tak sangka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *