Wanita raih pendapatan lebih RM60,000 sebulan jadi doktor. Seorang doktor pakar kanak-kanak (pediatrik) yang mendedahkan bahawa pendapatannya mencapai sehingga RM70,000 sebulan telah menarik perhatian warganet di media sosial.
Dalam video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, doktor tersebut ditemubual mengenai kerjayanya dan pendapatan bulanannya sebagai seorang pakar perunding pediatrik.
Doktor tersebut mampu menghasilkan lebih daripada RM60,000 sebulan.
Menurut doktor yang terlibat, beliau sebelum ini bekerja dalam sektor kerajaan selama 15 tahun sebelum memutuskan untuk berpindah ke sektor swasta yang menawarkan gaji empat kali ganda.
“Saya adalah pakar perunding pediatrik. Impian saya sejak sekolah rendah adalah untuk menjadi seorang doktor. Dulu, dalam 15-16 tahun yang lalu, gaji asas saya hanya sekitar RM2,500 termasuk elaun, jadi sekitar RM4,000.
“Saya bekerja di hospital swasta, selepas bekerja dengan hospital kerajaan selama 15 tahun.
“Kenaikan yang besar, empat kali ganda gaji dari sektor kerajaan ke swasta. Sekarang, purata pendapatan saya adalah antara RM60,000 hingga RM70,000 sebulan.
“Jika anda menjadi konsultan dalam kerajaan, mungkin gaji maksimum yang anda boleh dapat adalah antara RM16,000 hingga RM20,000 sebulan,” katanya.
Doktor itu mencatatkan pendapatan lebih RM60,000 sebulan
@malaysianpaygap She’s saving kids’ lives 🫶🏼 #gaji #salarytransparency #doctorsoftiktok #malaysian ♬ original sound – MalaysianPAYGAP
Dalam pada itu, doktor yang tidak mendedahkan nama tersebut sempat memberikan nasihat kepada orang ramai terutamanya kepada mereka yang bekerja dalam bidang perubatan supaya kekal gigih semasa menjalani latihan praktikal (internship).
Tambahnya, beliau mengakui bahawa setiap pekerjaan mempunyai cabaran tersendiri, namun bergantung kepada individu untuk menguruskan tekanan yang ditemui.
“Nasihat saya adalah anda perlu mampu untuk bertahan terutamanya semasa berlatih kerana setiap pekerjaan mempunyai tekanan tersendiri. Dalam bidang perubatan, tekanan ini pasti ada. Anda hanya perlu tahu bagaimana untuk bertahan semasa menjalani intern, selepas itu ia akan menjadi lebih mudah,” ujarnya lagi.
Sementara itu, menyelami ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan mengenai gaji bulanan doktor pediatrik di sektor swasta yang jauh berbeza berbanding dengan sektor kerajaan.
Humble doktor ni!
Bukan itu sahaja, ramai yang memuji penampilan sederhana doktor terbabit walaupun pada hakikatnya beliau mampu untuk menunjukkan kekayaan berdasarkan pendapatan bulanannya.