Wanita rahsiakan identiti teman lelaki di Instagram, sekali kantoi termasuk dalam TV. Tidak semua pasangan yang bercinta suka memaparkan kemesraan hubungan mereka di media sosial untuk tatapan umum. Segelintir dari mereka lebih selesa memuat naik gambar pasangan mereka secara ‘sipi-sipi’ tanpa mendedahkan wajah sebenar. Apapun alasannya, sedikit sebanyak pasti akan menimbulkan rasa ingin tahu orang sekeliling, terutamanya di kalangan saudara-mara atau kenalan terdekat.
Menyembunyikan Status Privat Teman Lelaki di Instagram
Seperti yang dilakukan oleh seorang gadis baru-baru ini, beberapa hari lalu dia telah memuat naik gambar teman lelakinya yang telah disunting hanya separuh badan ke Instagram dengan status privat. Ketika itu, pasangan tersebut sedang singgah makan di sebuah kedai makan yang menjadi viral dengan hidangan popular Indonesia iaitu Coto.
Tiba-tiba terdedah di stesen TV
Niat untuk merahsiakan identiti lelaki itu bagaimanapun gagal setelah kelibat mereka berdua yang sedang bertemu secara rahsia direkod secara tidak sengaja. Klip daripada wartawan yang membuat liputan khas di gerai itu kemudiannya ditayangkan secara langsung menerusi siaran berita tvOneNews dengan tajuk “Wisata Kuliner Coto Makassar”.
Macam tu je terdedah… Tak jadi sulit dah… Takpe, muka lelaki tu masih belum terlihat.
Sejak dikongsi di TikTok, kisah pasangan itu telah mendapat lebih daripada 1.3 juta tontonan daripada netizen. Rata-rata netizen merasakan terhibur kerana hubungan percintaan mereka berdua terdedah dengan cara yang tidak disangka-sangka.
@siapatauutuhTerciduk jalur tvone😅