Wanita pesan ‘lala masak merah’ pakai foodpanda, sekali yang dapat daun pucuk ubi dan sekeping nota dari rider

Wanita pesan ‘lala masak merah’ pakai foodpanda, sekali yang dapat daun pucuk ubi dan sekeping nota dari rider

Wanita pesan ‘lala masak merah’ pakai foodpanda, sekali yang dapat daun pucuk ubi dan sekeping nota dari rider. Dalam kesibukan kerja dan kesuntukan waktu sehari-hari, aplikasi penghantaran makanan seperti Foodpanda memang diperlukan orang ramai untuk memudahkan urusan. Ia boleh dipesan di mana jua pada bila-bila masa.

Jika teringin makan sesuatu sekalipun, hanya tinggal memesan menu yang diidamkan dan membeli menerusinya.

Tetapi tidak dinafikan, dalam pada kesenangan itu, mungkin akan berlaku masalah yang tidak dapat dielakkan kerana ianya merupakan aplikasi atas talian.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @fieyzaa_96 yang merupakan pelanggan Foodpanda kesal apabila dia mendapat gantian makanan yang berbeza daripada apa yang dipesannya.

Wanita pesan 'lala masak merah' pakai foodpanda, sekali yang dapat daun pucuk ubi dan sekeping nota dari rider

Dia telah memesan lala masak merah dengan harga RM6.50 tetapi telah digantikan sebahagiannya dengan gulai lemak pucuk ubi.

Menerusi video yang dikongsikan, peniaga restoran itu menzahirkan rasa maaf melalui tulisan kertas kerana lala masak merah yang dipesan olehnya hanya tinggal sedikit sahaja.

Jadi, dia menambahkan selebihnya dengan gulai lemak pucuk ubi untuk menggantikan lebihan lala masak merah yang hanya mampu diberi dalam kuantiti yang sedikit.

“Salam, harap maaf lala masak merah tinggal sikit. Saya tambahkan gulai lemak pucuk ubi ya. Thank you,” tulisnya tanda maaf untuk mengganti lebihan lauk berkenaan.

Tetapi, menurut pelanggan terbabit, pucuk yang digantikan itu tidak berapa sedap dan hanya terdapat daun di dalam kuah berkenaan, bukannya pucuk seperti yang dinyatakan.

“Takde sayur lain ke nak bagi,”tulisnya untuk keterangan video gambar terbabit.

Wanita pesan 'lala masak merah' pakai foodpanda, sekali yang dapat daun pucuk ubi dan sekeping nota dari rider

Meninjau reaksi netizen di dalam ruangan komen, ada yang bersependapat dengannya dan menyatakan lauk yang diganti tidak sama nilainya dengan lauk yang dipesan.

Mengambil salah satu komen pengguna TikTok yang bernama @Leeya, dia berkata, harga yang pelanggan berkenaan dapat tidak setanding dengan jenis lauk yang diganti berkenaan.

“Harga lala tak setanding gulai lemak pucuk ubi. Bagi la ayam seketul ke apa. Alahai naya je eh,” tulisnya sedemikian rupa sebagai reaksi kepada hantaran video TikTok terbabit.

Selain itu, seorang netizen lain @zyzy juga berpandangan sama tentang isu tersebut.

“Exactly, itu yang dalam fikiran saya. Lala? Ganti dengan sayur? No way.. ken is kennot brain,” tulisnya.

“Tak Sesuai Dengan Harga”

Wanita pesan 'lala masak merah' pakai foodpanda, sekali yang dapat daun pucuk ubi dan sekeping nota dari rider

Rasanya dalam hal ini, untuk berlaku hal sedemikian rupa, restoran berkenaan bolehlah menelefon nombor pelanggan untuk bertanyakan dia mahu tukar dengan masakan apa terlebih dahulu mengikut lauk bersesuaian dengan harga.

Dan, mungkin juga peniaga terbabit lupa untuk menutup menu berkenaan di aplikassi Foodpanda kerana orang ramai atau pekerja yang sedikit.

Tetapi, kisah ini boleh dijadikan peringatan untuk lebih beringat-ingat demi menjaga kepuasan hati semua.

@wh_fiyzaaTakde sayur lain ke nak bagi🥴♬ Che La Luna – Louis Prima with Sam Butera & The Witnesses

Baca Lagi:
Peluang buat rakyat Malaysia saksikan lagenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo akan beraksi di Malaysia
Tok Mat, KJ dan Hishamuddin dijangka bertanding jawatan Presiden UMNO
Nad Zainal dan Ungku Ismail mahu umumkan khabar gembira buat peminat
CATEGORIES