Wanita OKU jual video nakal di Telegram kantoi dengan ahli keluarga terdekat. Tular di media sosial apabila seorang wanita orang kurang upaya (OKU) terkantoi menjual konten nakal di akaun Telegramnya, yang menyebabkan pelbagai reaksi dari warganet.
Menerusi ciapan tular yang dimuat naik oleh pengguna X BMVFM, wanita tersebut yang juga seorang pempengaruh media sosial didakwa sanggup menggunakan kekurangan dirinya iaitu pekak dan bisu dalam siaran Live TikToknya untuk meraih simpati orang ramai.
Dia kemudian menayang tubuhnya dan dipercayai turut mempromosikan saluran Telegram rahsia miliknya.
Wanita OKU Terkantoi Jual Konten Nakal
Aktiviti persundalan seorang wanita berusia 20-an itu terbongkar apabila ahli keluarga terdekatnya, yang juga merupakan pelanggan konten lucah miliknya, mendedahkannya.
“Bismillah, aku tak nak bersubahat. Manisah Manja, hentikanlah perbuatan ini,” ujar ahli keluarga terdekat tersebut.
Wanita berusia 20-an yang menetap di Alor Setar, Kedah turut menawarkan konten eksklusifnya di Telegram dengan harga serendah RM50.
Walaupun sudah diberi “tiket mudah ke syurga,” pendedahan ini menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Mereka menggesa agar wanita yang dikenali sebagai Manisah Manja ini kembali bertaubat dan mencari pendapatan dengan cara yang betul.
Dah kantoi dengan ahli keluarga terdekat ni, harap insaflah ya. Jangan jadikan kekurangan sebagai alasan.