Wanita minta tolong ‘abang bomba’ tewaskan katak ‘durjana’

Wanita minta tolong ‘abang bomba’ tewaskan katak ‘durjana’

Wanita minta tolong ‘abang bomba’ tewaskan katak ‘durjana’. Seorang sahabat saya cerita satu momen yang tak dapat dilupakan sepanjang hidupnya.

Ada hari itu ketika mahu masuk bilik air, dia ternampak seekor binatang yang melompat merata. Melompat dari lantai ke dinding. Ya, binatang itu katak!
Katak pisang pula tu.

Apa lagi, meriahlah ketakutan dan kegelian yang amat. Katak menjadi musuh paling ditakuti olehnya.

Beliau pada awalnya mahu menyerkup katak tersebut dengan tong sampah kecil. Namun dirasakan katak tersebut berpaling dan menjeling ke arahnya. Menjeritlah beliau ketakutan.

Wanita minta tolong 'abang bomba' tewaskan katak 'durjana'

Eleh, perasan pula katak bermain mata dengan dia ya.

Lalu selama beberapa jam beliau meruntun hati mengenangkan apalah nasib badan jauh daripada suami yang biasanya sosok tersebutlah yang setia membuang binatang bertuah ini jika terserempak di mana-mana. Kah!

Setelah itu, dengan nekad, tanpa berlengah lagi beliau terus hubungi pihak bomba.

Abam-abam bomba diperlukan saat ini untuk menewaskan katak ‘durjana’.

Panggilan kepada Abam Bomba dibuat.

“Saya nak cerita ni, tapi jangan gelak.”

“Ada katak masuk bilik air saya. Saya takut.”

“Sekejap saya bincang dengan pengurus,” jawab Abam Bomba.

Tak lama selepas itu,

“Cik, kami tak handle kes katak. Tapi atas budi bicara kami sampai!”

Haaaa.. begitu punya macho Abam Bomba.

Abam Bomba pun datang dengan sebuah trak beserta lima orang petugas untuk menumpaskan musuh bernama katak.

Alhamdulillah, katak berjaya ditangkap dan dibawa naik trak bomba.

Selepas itu, masuk pesanan whatsapp dari Abam Bomba, “Puan jangan bimbang, kami sudah letakkan katak tersebut di tempat selamat.”

Ya Tuhan, siap update lokasi katak tu. Bagus betul buat kerja.

Kalian tahu, kami yang mendengar cerita ini berdekah ketawa geli hati. Cerita seekor katak naik trak bomba benar-benar lucu. Haha.

Terima kasih Abam Bomba atas kesudian datang juga bereskan si katak. Budi bicara yang sangat baik.

Sahabat saya ini tinggal satu rumah bersama penyewa lain. Perempuan semuanya. Jauh dari suami, anak-anak dan keluarga atas tuntutan kerjaya dan perjuangan memiliki ilmu.

Asalnya kita semua punya hati yang tidak buta. Yang membutakan hati itu, kita. Kadang hanya kerana hati yang bersih, ikhlas, tidak lokek membantu sudah cukup menyenangkan insan lain. Tanpa mengharap balasan.

Benar kata pepatah, hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang jua.

Baca Lagi:
Jutawan mengamuk keluarkan semua duit simpanan selepas ditegur pegawai bank
Kemelut politik Sabah, ini keputusan bijak PM Anwar laksanakan
Puteri Sarah Liyana: Ini latar belakang wanita terkenal di Malaysia sekarang
CATEGORIES