Wanita miliki lidah paling lebar di dunia, lebih besar daripada lidah lembu. Seorang wanita di negeri Texas telah mencatatkan nama dalam Guinness World Records kerana memiliki lidah paling lebar di dunia, lapor agensi berita United Press International (UPI) pada 15 Ogos 2024.
Brittany Lacayo mencatatkan rekod dunia selepas Guinness mengesahkan bahawa dia mempunyai lidah dengan ukuran lebar 7.89 sentimeter (3.10 inci).
Dia berjaya mengalahkan pemegang rekod sebelumnya yang juga seorang wanita, Emily Schlenker, yang mempunyai ukuran lebar lidah 7.34 sentimeter (2.89 inci).
Lacayo mendapati lidahnya lebih lebar daripada panjang selepas diukur dari epiglotis yang terletak di belakang lidah.
“Ia kemas dan agak lucu,” kata Lacayo kepada Guinness World Records.
Bagi kategori lelaki, rekod Guinness dimiliki oleh Brian Thompson dari Amerika, dengan ukuran lebar lidahnya 8.86 sentimeter (3.49 inci).