Wanita merajuk panjat tiang elektrik, pakwe terpaksa ikut sama panjat sebab nak pujuk

Photo of author

By Joe

Wanita merajuk panjat tiang elektrik, pakwe terpaksa ikut sama panjat sebab nak pujuk. GARA-gara kecewa akibat pertengkaran dengan teman lelaki, seorang wanita nekad memanjat tiang elektrik setinggi 24 meter.

Kejadian yang mecemaskan sehingga tular di media sosial itu berlaku di India.

Dilaporkan, tindakan itu dilakukan oleh seorang wanita bernama Anita selepas bertengkar dengan teman lelakinya.

Wanita merajuk panjat tiang elektrik, pakwe terpaksa ikut sama panjat sebab nak pujuk

Katanya dia berasa kecewa (atas sebab tertentu) dengan kekasihnya selepas pertengkaran lalu memutuskan untuk memanjat tiang elektrik berdekatan.

Menurut portal Thaiger, ada yang percaya ia merupakan cubaannya untuk membunuh diri.

Teman lelakinya cuba memujuknya supaya turun tetapi gagal.

Akhirnya dia kemudian memutuskan untuk memanjat tiang elektrik juga dalam usaha untuk memujuk dan berbincang dengan teman wanitanya.

Situasi begitu mencemaskan apabila polis tiba di lokasi kejadian dengan orang ramai yang menyaksikan insiden itu.

Baca Lagi:
Ramai bengang T20 tinggal di rumah PPR, ini sebabnya yang ramai tak tahu
Muka baharu dalam politik, kenali jutawan hartanah yang kini bergelar Perdana Menteri Thailand yang ke-30
Azri Walter tampil perjelas maksud sebenar ‘sebab boleh dik’ selepas tular pelajar sekolah jadikan slogannya jawapan di kertas peperiksaan