Wanita menyesal bercerai dengan suami kerana abang polis, selepas ‘ditiduri’ bersama baru tahu rupanya abang polis palsu. Bila cakap soal perselingkuhan, majoriti orang gemar menuding jari kepada golongan lelaki. Hakikatnya di luar sana, wanita juga banyak terpalit dengan perbuatan ini. Percaya atau tidak, terkadang taktik permainan kayu tiga mereka adalah jauh lebih mengejutkan berbanding lelaki. Mungkin itulah kata-kata yang sesuai menggambarkan berita di bawah.
Kenal selama 2 bulan melalui Facebook
Seorang wanita berusia 25 tahun dikatakan kemaruk menjalinkan hubungan dengan lelaki berusia 45 tahun yang mengaku bekerja sebagai pegawai polis. Bermula dengan perkenalan menerusi Facebook selama 2 bulan, akhirnya kedua-duanya terbuai dengan nafsu sehingga ke tahap melakukan perbuatan ranjang.
Abang polis pujuk untuk bercerai dengan suami sah
Sepanjang percintaan itu berlangsung, polis tersebut meyakinkan si perempuan untuk bercerai dengan suaminya. Katanya jika sudah berpisah, dia berjanji untuk menikahi wanita tersebut sekaligus menjalani hidup bersama. Termakan pujuk rayu si Abam Polis, wanita itu benar-benar meminta cerai dengan suami sah.
Habis madu sepah dibuang…Skandal ‘lesap’ lepas tidur bersama
Malangnya setelah ‘ditiduri’, polis itu tiba-tiba menghilangkan diri, tidak menjawab panggilan dan menyekat segala media sosial atas atasan bertugas luar negeri. Wanita berkenaan yang sedar dirinya dipergunakan nekad melaporkan penipuan itu kepada polis. Siapa sangka, hasil pemeriksaan mendapati lelaki tersebut adalah polis palsu.
@agungmarts Karna Sudah Lewat Bulan Agustus, Bayar Dulu Seratus. #polisigadungan #polisi #fyp ♬ original sound – Terserah Miaw