Wanita menabung duit lebihan dari perniagaan dalam masa 13 hari dapat RM20,000

Photo of author

By Joe

Wanita menabung duit lebihan dari perniagaan dalam masa 13 hari dapat RM20,000. Seorang wanita berjaya mengumpul wang sebanyak RM19,290 dengan menabung selama 13 hari menggunakan duit lebihan dari perniagaannya.

Menerusi perkongsian video TikTok oleh @indahsaloon, dia mengumpul beberapa keping duit kertas bernilai RM50 dan RM100 setiap hari dan menyimpannya di dalam tiga bekas tabung.

Menurutnya, wang yang dikumpulkannya itu adalah hasil dari duit lebihan perniagaannya dalam menjalankan spa, salon, dan jual beli emas.

Wanita menabung duit lebihan dari perniagaan dalam masa 13 hari dapat RM20,000

Selain itu, wanita tersebut menjelaskan bahawa tabungan ini hanyalah untuk keseronokan semata-mata kerana dia juga mempunyai akaun simpanan khas dalam bank untuk syarikatnya.

Sementara itu, dia menegaskan bahawa video yang dimuat naik adalah untuk memberi inspirasi kepada orang lain dan bukan untuk berlagak.

Di ruang komen, pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.

“Alhamdulillah, ini adalah hasil dari orang yang gemar menabung, ada manfaatnya. Ini adalah contoh yang baik untuk kita semua, terbaiklah awak,” kata @haniani.

“Aduhai, ini adalah inspirasi untuk orang kaya sahaja, satu kali simpan RM3,000 terus, orang macam kami sehari hanya mampu simpan RM5, dalam 13 hari baru dapat RM65,” kata @eiqalavigne.

“Tak kisahlah sama ada kita dari kategori T20 ke B40, yang penting ada sifat menabung dalam diri, sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit,” kata @husna20.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 2.6 juta tontonan, 90,000 like, dan telah dikongsi sebanyak 8,500 kali.

@indahsaloonYeaaayy… harini buka dah sebap dah capai dah pn target yg kita nak.. 13hari punya duit jajan masuk tabung.. harini buka alhamdulillah dapat dah 19290… alhamdulillah… xkacau saving acc xkacau duit compny..

♬ suara asli – Ig:lelhaela04 – lelhaela04🧕🏻

Baca Lagi:
“Sedarlah sikit kau tu miskin”- Wanita dedah pelajar guna duit zakat, elaun Mara pergi clubbing
Ramai yang belum tahu, bayar RM10 boleh makan buah tempatan sampai kenyang di Putrajaya Park’s Day 2024
“Visor helmet dia tak akan tutup walaupun hujan badai melanda”- Video lelaki bawa ikan baung ekor merah gergasi atas moto raih perhatian ramai