Wanita maut tersepit dilanggar Pajero milik kekasih akibat rempuhan treler

Wanita maut tersepit dilanggar Pajero milik kekasih akibat rempuhan treler

Wanita maut tersepit dilanggar Pajero milik kekasih akibat rempuhan treler. Hasrat seorang wanita bagi melangsungkan perkahwinan pada 25 Disember ini tidak kesampaian apabila maut dilanggar Pajero milik kekasihnya sendiri semalam.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di Kilometer 110 Jalan Suwannasorn, Nakhon Nayok, Thailand, ketika Pajero dipandu kekasih wanita itu ingin berhenti bagi mengambil mangsa yang baru balik kerja.

Memetik laporan Sanook, semasa teman lelaki mangsa mahu meletak kenderaan di tepi jalan, tiba-tiba sebuah treler menghentam belakang pikapnya lalu menyebabkan kenderaan itu merempuh mangsa yang kebetulan berada sebelah trak makanan.

Mangsa yang yang dikenali sebagai Nattakarn, 27, itu dilaporkan tersepit di bawah kereta dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Wanita maut tersepit dilanggar Pajero milik kekasih akibat rempuhan treler

Difahamkan, teman lelaki mangsa yang dikenali sebagai Chonthit, 30, memeluk erat mayat kekasihnya dan meraung kesedihan melihat jasad mangsa.

Pasangan kekasih itu dikatakan mengedarkan kad undangan perkahwinan yang bakal berlangsung pada sambutan Krismas ini.

Pasukan penyelamat yang tiba di lokasi kejaadian berkata, kemalangan tersebut turut mengakibatkan seorang tukang gunting rambut dan pemilik trak makanan cedera.

Malah, motosikal, basikal dan pondok telefon awam yang berada di lokasi kejadian turut rosak akibat insiden itu.

Sementara itu, pemandu treler dikenali sebagai Nattawut Sanrat, 49, berhenti kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Katanya, dia dalam perjalanan dari Talad Thai ke Chanthaburi.

Dia kini ditahan polis bagi membantu siasatan.

Difahamkan pemandu treler didakwa terlelap sebelum melanggar Pajero milik kekasih mangsa.

Baca Lagi:
Dah cuba bermacam-macam cara, ini tatacara sebenar uruskan jenazah transgender
Jiran minta aku hantar makanan , aku terkejut ada lelaki lain tengah bersama isteri dia
“Ada sesiapa kenal?” Shuib mahu jumpa ‘abang askar’ yang wajah seiras
CATEGORIES