Wanita kurang siuman lahir anak tepi jalan undang sebak orang ramai

Wanita kurang siuman lahir anak tepi jalan undang sebak orang ramai

Wanita kurang siuman lahir anak tepi jalan undang sebak orang ramai. Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang wanita dipercayai orang kurang siuman melahirkan bayi bersendirian di tepi jalan pada 11 Februari lalu.

Wanita kurang siuman lahir anak tepi jalan

Menerusi video pendek yang tular di TikTok, seorang wanita yang memakai kain sarung sedang terbaring di dalam sebuah pondok manakala bayi yang baru dilahirkan turut berada di situ. Kelihatan penduduk kampung di Aceh Timur, Indonesia turut berada di lokasi kejadian bagi menghulurkan bantuan kepada si ibu dan bayi.

Wanita kurang siuman lahir anak tepi jalan undang sebak orang ramai

Apabila ditanya siapakah yang menghamilkannya, wanita terbabit memberitahu bahawa si pelaku merupakan warga setempat namun dia tidak berupaya memberitahu secara terperinci memandangkan dirinya mempunyai masalah kesihatan mental.

Difahamkan, kedua-dua beranak ini telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan mereka berada dalam keadaan sihat. Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Sementara di ruangan komen TikTok, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan tindakan jijik si pelaku yang tergamak mengambil kesempatan terhadap wanita kurang siuman sehingga hamil. Mereka berharap agar si pelaku segera diberkas dan dijatuhi hukuman yang setimpal.

Video
@alhiskhiee3882 orang Gila melahirkan. #bireumbayeun#acehtimur ♬ suara asli – Aniss💔 – Vhyaa04

@alhiskhiee3882 Membalas @cintalon3 ♬ Ya Habibi Ya Muhammad – M MAULANA SARIF

Baca Lagi:
Hampir 3 tahun didera, suami paksa isteri ‘jual diri’ RM1000 sejam di Instagram
Simpan harta ratusan billion ringgit di luar negara, bekas Menteri Kewangan disiasat SPRM
Maszlee dedah penggantinya Menteri Kanan Pendidikan tak buat kerja tangani sekolah daif
CATEGORIES