Wanita kritikal doktor tersilap buang buah pinggang belah kiri, yang rosak akibat batu karang belah kana. Seorang wanita di Rajasthan, India kritikal selepas dilaporkan doktor di sebuah hospital swasta melakukan kesilapan semasa prosedur pembedahan batu karang pada buah pinggangnya.
Wanita berusia 30 tahun yang hanya dikenali sebagai Eid Bano dimasukkan ke Hospital Dhankhar dan selepas beberapa prosedur pemeriksaan, doktor mengumumkan bahawa buah pinggang sebelah kanannya rosak akibat batu karang.
Wanita tersebut menjalani pembedahan pada 15 Mei lalu, namun doktor yang melakukan prosedur itu mengeluarkan buah pinggang kanannya yang sebenarnya sihat, bukannya buah pinggang kiri yang rosak akibat batu karang.
Akibat kelalaian tersebut, doktor tersebut menawarkan wang untuk membayar rawatan Eid Bano di fasiliti kesihatan yang lain, tetapi keluarga wanita tersebut menolak tawarannya.
Mereka membuat laporan polis untuk menuntut tindakan tegas terhadap doktor tersebut.
Sementara itu, sebuah pasukan yang terdiri daripada lima orang doktor ditubuhkan untuk menyiasat kejadian tersebut.