Wanita kesal diejek masa sekolah, sekarang semua yang pernah ejek cari semula

Wanita kesal diejek masa sekolah, sekarang semua yang pernah ejek cari semula

Wanita kesal diejek masa sekolah, sekarang semua yang pernah ejek cari semula. Bila dah mula kerja, aku pun buat braces and start pergi salon, aesthetic spa untuk treatment bulu – bulu aku ni. Jujurnya, bila ada duit memang semua boleh cantik. Aku start upload gambar dekat FB. Bermula dari situ ramai kawan lelaki contact aku balik, yang ejek masa sekolah dulu pun lupa agaknya ejek aku apa?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, tujuan perkongsian ini hanyalah luahan rasa selama menjadi perempuan yang tak cantik. Untuk pengetahuan semua, nama aku Najihah tapi orang panggil Jia. Sejak lahir aku dikurniakan rambut lebat sampai mama sayang nak cukur botak kepala aku time baby, jadi aku membesar dengan rambut yang lebat dan hitam pekat.

Masa zaman tadika dulu aku rasa takde issue langsung pun pasal muka buruk, badan gemok, budak pendek. Kira semua orang ikhlas berkawan sesama sendiri. Ahhhh rindu zaman kecil. Bila umur aku 9 tahun, bulu – bulu halus mula tumbuh dan jelas kelihatan di sekitar muka, atas dan bawah bibir.

Masa ni dah terbiasa bila kawan – kawan lelaki panggil aku “Misai” atau “Misai’e = nama Mak sin chan”. Tipu la kalau aku rasa tak terganggu sampaikan hari – hari rasa taknak pergi sekolah sebab segan kena ejek tapi hadap je lah nak cerita dekat mama papa pun mesti diorang rasa tu perkara remeh.

Wanita kesal diejek masa sekolah, sekarang semua yang pernah ejek cari semula

Oleh sebab kerap jadi bahan ejeken, jadi aku memang menjauhkan diri dari kawan – kawan lelaki, self confidence of course merudum jauh ke dasar bumi. Namun pada penghujung darjah 4, ayah aku mendapat tawaran bertukar ke Selangor dan secara tak langsung aku pun mestilah kena tukar sekolah kan?

Gembira betul masa tu sebab fikir nanti dekat sekolah baru mesti takde orang ejek lagi. Excited sungguh nak pindah memang taknak fikir dah pasal kawan – kawan dekat sini. Jadi, nak dijadikan cerita bila pindah ke sekolah baru aku dapat masuk kelas paling cemerlang, alhamdullilah kawan – kawan pun kurang mengejek rupa paras aku tapi tak bermakna ia terhenti di situ.

Bila aku start join sukan dan aktiviti persatuan secara tak langsung bercampur dengan kawan – kawan dari semua kelas. Jadi dari situ kawan – kawan lelaki yang nakal, kelas hujung start ejek aku dengan nama panggiIan yang sama.

Kali ini nama Jia dah macam tak wujud sebab diorang keep calling me “Misai”. Sumpah segan sangat setiap kali kena panggil camtu, dah la time tu tak pandai lagi nak wax sendiri atau buat dekat kedai. Dan sekali lagi memang tak sabar nak habis sekolah, nak pindah jauh – jauh tak nak jumpa kawan sekolah rendah.

Alhamdulillah lepas UPSR dapat masuk SBPI, kali ni aku mengamalkan konsep “lantak ko lah” dengan orang yang nak ejek aku pun. Dari rumah aku dah siap – siap mindset takde kawan lelaki pun insyaAllah boleh surv1ve jugak?

Dan aku pon sedar diri bahawasanya selagi bulu – bulu dekat muka aku ni wujud memang orang akan mengata sebab orang tak cantik kebarangkalian nak kena face sh4ming memang tinggi. Jujurnya, selaku perempuan yang tak cantik ketika sekolah, memang jarang kawan lelaki yang ikhlas nak kawan dengan kau, tapi ada jugak kawan lelaki yang ikhlas.

Begitu juga dengan kawan perempuan, ada yang ikhlas dan seronok untuk berkawan namun ada juga yang kelihatan ikhlas tetapi masih mempersendakan rupa paras seseorang. Tapi sebab dah kebal dan lali aku tutup je la mata sebab matlamat aku nak belajar dan cemerlang exam.

Hal kawan tak nak kawan ni jatuh no 2-3-4. Yang kelakar bila aku berkawan dengan orang yang cantik, ada sahaja lelaki yang suka menjadikan aku sebagai posmen untuk kawan – kawan aku tapi pleaselah semat dalam kepala otak bahawasanya orang tak cantik ni tak semestinya b0doh, kau nak mengorat gunalah effort sendiri kan?

Of cos la aku rasa dipergunakan sebab kau dah la tak pernah bertegur atau kawan dengan aku tiberrr mintak tolong aku hantar surat. Perkara ni bukan kawan – kawan je buat tau, cikgu bujang dan sudah berbini pun sama naik menggatal macam ni.

Tapi cikgu dia tak bagi surat, dia pandai lepas waktu prep tu panggil aku suruh pas makanan / coklat / bekal isteri buat dekat kawan aku. Nampak tak? Orang yang buat baik dengan aku semua ada makna. Habis SPM, aku apply kolej dekat KL sebab aku rasa kawan – kawan sekolah aku takde yang apply situ. Alhamdullilah diterima masuk.

Bila masuk zaman kolej ni kurang sikit orang face sh4ming aku mungkin sebab dah matang kot? Lagipun kali ni classmate aku ramai perempuan jadi walaupun tak cantik tetap aku selesa. Namun ku sangka panas sampai petang tetapi hujan di tengahari, waktu final semester aku diminta berkolaberasi dengan group lelaki untuk projek akhir.

Projek ni mengandungi 70% praktikal dan kitorang setiap group ada lecturer yang dilantik. Oleh kerana fitrah lelaki suka benda cantik jadi setiap kali discussion kawan – kawan lelaki aku lebih berminat untuk bertanya kawan – kawan perempuan lain selain aku, melainkan perkara tu complicated takde sape ada solution, baru diorang cakap dan mintak tolong aku.

Konsep dia time discussion taknak cakap dengan aku, time buat keje last minute nak submit baru nampak kewujudan aku. Gitu. Sama jugak dengan pensyarah lelaki aku, melalui pemerhatian aku selama aku study setiap kali ada discussion dalam bilik lecturer, diorang lagi gemar berbual panjang dengan student yang ada rupa, comel dan mesra.

Yang takde rupa macam aku boleh la slow – slow ke belakang tapi tak kisahlah walaupun aku tak cantik tapi time study aku perform. Benda – benda praktikal yang kawan lain perIukan kawan lelaki tolong pun alhamdulillah aku boleh buat sendirian sebab kawan lelaki aku pun tak rasa nak offer tenaga kerja diorang dekat aku, while others diorang siap offer sampai tengah malam, bawak kerja ke hostel diorang.

Habis study aku just contact dengan orang yang aku rasa perlu je, kawan lelaki ke pensyarah ke aku just mute sebab tak rasa keperluan nak keep in touch. Rezeki lepas habis study terus dapat kerja. Oh masa study dulu aku ada boyfriend jugak tapi jodoh tak panjang sebab at the end dia dah sedar yang ramai lagi perempuan yang cantik dari aku. Lol.

Bila dah mula kerja, aku pun buat braces and start pergi salon, aesthetic spa untuk treatment bulu – bulu aku ni. Jujurnya, bila ada duit memang semua boleh cantik. Bila dah cantik sikit aku pun banyak join marathon, hiking so banyak jugak gambar aktiviti aku upload kat facebook.

Bermula dari situ ramai kawan lelaki contact aku balik, yang ejek masa sekolah dulu pun lupa agaknya ejek aku apa? Bukan tu saja, ada juga kes kawan lelaki aku yang dah nak kahwin start contact aku balik menghulurkan salam perkenalan sedangkan aku tak pernah lupa orang – orang yang ejek aku.

Paling sedih bila jadi kes macam ni, kawan lama perempuan akan ungkit balik how buruk I was back then, kira aku tak deserved pun if orang berkenan or jatuh hati dekat aku. See, once you buruk selamanya orang ingat tapi bila jadi cantik tak boleh terima kenyataan pulak.

Tapi aku buat pekak je la semua tu sebab hello tak guna duit you all pun nak jadi macam ni. Aku mengambil konsep move forward, alhamdulillah now dah bersuami pun. Suami aku pun kenal aku lepas gigi dah siap, muka dah licin, badan dah kurus.

Kalau kenal time tak cantik dulu memang dia pon tak nak. Kihkihkih takpelah tu la nama dia jodoh. Sebab tu aku sensitive bila orang face or body sh4ming orang lain, s4kit betul perasaan tu. Kita kena pegang kata – kata ni “harini mungkin kita rasa paling diatas tapi tak must4hil esok kita jatuh ke bawah sebab bumi ni bergerak dan Allah tu tak pernah tidur”.

Kepada yang sering diejek kerana tak cantik tu, bersabarlah dan please sayang diri sendiri banyak – banyak, jaga dan hiasi diri tu cantik – cantik dan hargai diri korang sebaiknya dengan amal dan kebaikan sebab mungkin kita tak cantik dekat mata manusia tapi kita cantik dekat mata Allah 🙂 Sekian, salam sayang dari Jia. – Najiha Alias (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Mimie Tan : Pernah rasa macam ni. Start sekolah menengah.. Allah je tau perasaan tu macam tu bila kena body sh4mming. Tapi selalu doa kat Allah supaya dorang kena balas je. Sekarang bila dorang dah nampak aku balik dah lawa pandai bergaya semua terbeliak mata. Jangan ingat orang buruk selamanya buruk ok. Pada yang suka mengata orang tu ingat kifarah Allah tu pasti ada. Ty for sharing thiss.

Ainaz Hanikha Abdullah : Hakik4t yang meny4kitkan. Walaupun ada yang kata, tak semua orang macam tu. Ada je lelaki yang tak pilih paras rupa asalkan per4ngai elok tapi yang ada tu segelintir sangat. InsyaAllah, cantik boleh diusahakan. Yang penting jangan meIanggar hukvm agama. Usahakan untuk kurus, licinkan kulit, cantik la nanti. Jaga pemakanan tu.

Umi Sha : I feel you sis. Aku dulu masa sekolah menengah pun tak cantik jugak. Dah la kategori gelap, pakai cermin mata tebal (nerdy biasela) gigi jarang sudu besi pun boleh lepas, dah la gelap, masuk pulak kawad memang bertambah – tambah legam lah jawabnya.

Sampai sekarang aku ingat lagi kena tegur dengan cikgu aku depan kelas yang terk3jut dengan kehitaman aku lepas balik kawad. Satu kelas gelak bila cikgu cakap camtu, sedih sangat tapi nasib baik aku ada otak yang bijak dan berfungsi hahahaha jadi takdela rasa rendah diri mana. Di setiap kekurangan ada kelebihan masing – masing. Jangan risau, just cari kelebihan kita and enhance it the proper way! Good luck.

Baca Lagi:
Jurulatih Shah Rukh Khan kongsi cara dia buat body jadi mantap walaupun dah berumur 57 tahun
Kisah pelajar MRSM tiada kaki, merayu dekat cikgu tiada duit nak bayar yuran
Sebenarnya M40 cuma pada hari gaji, selepas seminggu jadi B40
CATEGORIES