Wanita kena tipu, ‘Scammer’ paksa terima dan bayar barang tidak pernah dipesan

Wanita kena tipu, ‘Scammer’ paksa terima dan bayar barang tidak pernah dipesan

Wanita kena tipu, ‘Scammer’ paksa terima dan bayar barang tidak pernah dipesan. Seorang wanita medakwa menjadi mangsa penipuan apabila menerima bungkusan barang secara tiba-tiba dan perlu membayar barang tersebut ketika penghantaran dibuat.

Wanita yang dikenali sebagai @hawanis_ mendakwa, bungkusan barang yang dihantar daripada sebuah kedai ‘online’ (dalam talian) itu tidak pernah dipesan olehnya malah terpaksa membayar harga barang berjumlah RM69.

“Ramai dah terkena termasuk diri saya sendiri. Saya tidak mahu orang lain kena sebab ramai dah jadi mangsa ‘scammer’ ni sebab terpaksa membayar RM69 tu.
“Scammer itu siap ugut orang tua untuk bayar barang tersebut padahal memang tidak pernah beli pun,” kata @hawanis_.

Wanita kena tipu, 'Scammer’ paksa terima dan bayar barang tidak pernah dipesan

Menurutnya lagi, dia juga pelik bagaimana ‘scammer’ tersebut mendapat data peribadinya sehingga nama, alamat dan nombor telefonnya tertera sebagai penerima di atas bungkusan berkenaan.

Lebih mengejutkan, bukan hanya dia sahaja menjadi mangsa penipuan, malah ramai juga tampil mendedahkan perkara sama apabila mereka terpaksa membayar sejumlah wang ketika penghantaran barang.

“Abah biasa kena, tiba-tiba sampai barang yang dia tidak pernah pesan. Hangus juga RM99,” ujar @faaaarrraaahhhhh.

Malah, rata-rata di ruangan komen berkata ‘scammer’ tersebut menggunakan kurier dan alamat penghantar yang berbeza-beza sebagai modus operandi mereka.

“Kes yang sama hari itu saya kena. Kedai yang sama ini caj RM69 ketika penghantaran. Hari itu saya kena RM184, dan alamat kedainya pun dah lain. Perlu beritahu ibu bapa masing-masing supaya jangan bayar langsung,” ujar @sffeaaa_.

Baca Lagi:
Lelaki mabuk masuk surau serang penceramah agama sedang beri kuliah
Razman enggan minta maaf, demi perjuangan agama sanggup berdepan saman fitnah Anwar
Makcik cleaner dapat hadiah seutas gelang emas dari pekerja syarikat selepas diberhentikan
CATEGORIES