Wanita kena halau keluar dari kapal terbang kerana bawa beg berjenama mewah. Seorang penumpang wanita dalam sebuah penerbangan di China baru-baru ini dilaporkan telah menyebabkan kapal terbang tersebut mengalami kelewatan berlepas akibat daripada ketidakmauannya untuk meletakkan beg berjenama mewahnya di bawah kerusi.
Untuk makluman semua, semua beg perlu diletakkan di bawah tempat duduk penumpang di hadapan kita semasa penerbangan sebelum kapal terbang berlepas.
Ini penting kerana jika berlaku turbulence, barang-barang yang dipegang tidak akan melambung ke udara dan mengenai penumpang lain.
Dikhabarkan bahawa penumpang wanita tersebut enggan mematuhi arahan walaupun telah diminta oleh kru penerbangan, lapor South China Morning Post.
Video kejadian tersebut difahamkan telah sempat dirakam oleh penumpang lain sebelum ia dikongsikan di platform Douyin (TikTok China).
Menurut laporan, penumpang wanita yang duduk di kelas ekonomi enggan meletakkan beg berjenama mewah, iaitu beg tangan Louis Vuitton, di bawah kerusi penumpang di hadapan. Sebaliknya, dia berkeras mahu meletakkan beg tersebut di sebelahnya.
Akibatnya, penumpang wanita tersebut telah diiring keluar dari kapal terbang kerana menyebabkan penerbangan tertunda selama satu jam.