Wanita kedua terkaya Australia mahu derma semua kekayaannya bernilai RM50 Bilion

Wanita kedua terkaya Australia mahu derma semua kekayaannya bernilai RM50 Bilion

Wanita kedua terkaya Australia mahu derma semua kekayaannya bernilai RM50 Bilion. Wanita kedua terkaya di Australia dilaporkan membuat ikrar untuk menyerahkan semua hartanya bernilai 9.2 bilion pound sterling (kira-kira RM50 bilion) bagi menghapuskan kemiskinan tegar.

Melanie Perkins, 35, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif platform reka bentuk grafik Canva, berkata, siapa sebenarnya ‘yang memerlukan semua wang itu?’

Menurutnya, beliau dan suami yang juga pengasas bersama Canva, membuat pilihan yang menakjubkan.

Perkins yang mula menjual tatu semburan kini memiliki saham 30 peratus daripada syarikat itu yang bernilai sekitar 30 bilion pound sterling (RM165 bilion).

Ahli perniagaan itu mendaftar dengan Bill Gates’ Giving Pledge merancang memberikan kekayaannya semasa hayatnya melalui sumbangan amal dan usaha lain.

Dalam surat ikrar itu, Melanie menulis: “Kami mempunyai kepercayaan sangat optimistik terdapat cukup wang, muhibah dan niat baik di dunia untuk menyelesaikan kebanyakan masalah dunia,

“Kami rasa ia bukan sekadar peluang besar, tetapi tanggungjawab yang penting, dan kami mahu menghabiskan sepanjang hayat kami bekerja ke arah itu.

“Siapa yang perlukan semua wang itu? Secara peribadi?” katanya.

Mengenai ikrar mereka, Obrecht memberitahu The Australian: “Mel dan saya komited memberikan semua wang kami untuk menjadikan dunia tempat lebih baik.” katanya

Baca lagi: 

Masjid di AS mesra pengunjung, tak perlu booster…siap boleh main PS4 lagi.

4 sebab yang perlu kita tahu jika sering batuk hingga ganggu tidur malam

Netizen terkejut ibu Tangmo terima wang sebanyak RM3.8 juta dan memaafkan 2 pesalah kes bunuh anaknya

CATEGORIES
TAGS