Wanita kecewa restoran Sushi King kicap dipenuhi ulat, ini respon pekerja buat ramai sakit hati

Wanita kecewa restoran Sushi King kicap dipenuhi ulat, ini respon pekerja buat ramai sakit hati

Wanita kecewa restoran Sushi King kicap dipenuhi ulat, ini respon pekerja buat ramai sakit hati. Sushi king merupakan antara restoran pilihan ramai untuk menikmati sushi dan boleh dikatakan banyak cawangan Sushi King di Malaysia memudahkan lagi pelanggan memilih lokasi pilihan mereka.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @dyrasalleh telah berkongsi sebuah video yang menunjukkan terdapat ulat dalam kicap yang dihidangkan. Menerusi perkongsiannya, dia telah memaklumkan pekerja berkaitan hal itu tetapi ‘terguris hati’ apabila pekerja seolah-olah memandang tidak puas hati seperti kehadiran ulat itu berpunca daripadanya.

Wanita kecewa restoran Sushi King kicap dipenuhi ulat, ini respon pekerja buat ramai sakit hati

@dyrasallehHelokkkk dah habis makan baru perasaan 🤢🤢 korang nampak takk apaa sis nampakk ? Aiyoooo

♬ original sound – Dyra Salleh

@dyrasalleh Replying to @aniomato ♬ Laper Laper Ha – Faiha

Selepas melihat ulat dalam kicap, dia berasa loya dan sudah tidak lalu untuk menjamah makanannya. Kemudian, dia pun membuat pembayaran.

Perkongsiannya telah meraih perhatian netizen dan kebersihan restoran sushi kegemaran ramai itu mula dipertikaikan. Susulan video itu viral, pihak Sushi King tampil memberikan respon berhubung isu terbabit.

Menerusi satu kenyataan, pihak pengurusan Sushi King telah memohon maaf kepada pelanggan tersebut atas pengalaman yang dialaminya dan berterima kasih kerana telah membawa isu ini ke perhatian pihaknya.

Malah, pihak pengurusan Sushi King juga mengatakan telah mengambil tindakan segera dengan menjalankan siasatan dan mengukuhkan lagi SOP pengendalian makanan serta menjalankan pengurusan latihan kepada kakitangan mereka.

Kejadian ini telah dilaporkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihaknya bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk tindakan susulan. Pihak pengurusan Sushi King mengambil tanggungjawab penuh dan meminta maaf sekiranya kejadian ini menimbulkan kebimbangan dalam diri pelanggan.

Baca Lagi:
Niat nak berjimat order ‘ice water’, sekali yang sampai air bapak mahal
Rumah banjir, ramai nak tahu boleh ke jamak solat? Ini jawapan Ustazah Asma’ Harun
“Pak cik jual kerepek, adik nak beli tak? Kalau beli adik pelanggan pertama pak cik hari ni”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *