Wanita kebas wang dana Pesatuan Ragbi Malaysia (KRM) hampir 2 juta

Wanita kebas wang dana Pesatuan Ragbi Malaysia (KRM) hampir 2 juta

Wanita kebas wang dana Pesatuan Ragbi Malaysia (KRM) hampir 2 juta. ukan RM1 juta, namun jumlah wang hilang dalam kantung Pesatuan Ragbi Malaysia (KRM) hampir mencecah RM2 juta, sekali gus menyebabkan badan sukan itu hampir muflis.

Menurut sumber, individu terbabit cukup licik mengeluarkan wang daripada akaun KRM sedikit demi sedikit sejak tiga tahun lalu tanpa disedari pengurusan tertinggi sebelum dia cabut lari dan sehingga kini masih gagal dihubungi.

Difahamkan kegiatan licik itu terbongkar apabila individu berkenaan iaitu seorang wanita yang baharu saja bersalin, baru-baru ini, meninggalkan semua dokumen dan urusan pengeluaran wang kepada kepimpinan KRM.

Wanita kebas wang dana Pesatuan Ragbi Malaysia (KRM) hampir 2 juta

Namun, semakan lanjut kepimpinan KRM mendapati aliran keluar wang dalam kantung persatuan itu ‘luar biasa’ sehingga menyaksikan jutaan ringgit lesap.

Malah, KRM cuba memberi peluang kepada individu itu untuk membuat penjelasan, namun dia bersama suami mengambil pendekatan ‘berdiam diri’ menyebabkan badan induk ragbi negara itu membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Jumaat lalu untuk tindakan lanjut.

“Individu terbabit sudah berpindah ke kediaman lain sebaik mengetahui kegiatannya terbongkar dan usaha KRM untuk mencarinya di alamat terbabit menemui jalan buntu.
“Malah, KRM ada menghubungi suami kepada wanita itu, namun dia memberikan pelbagai alasan dengan mengatakan ada urusan di luar dan selepas itu gagal dihubungi.
“Berdasarkan kepada anggaran dan melihat kepada jumlah kerugian kemungkinan hampir RM 2 juta lesap daripada kantung KRM,” katanya.

Terdahulu, KRM membuat satu laporan polis mengenai kes pecah amanah yang disyaki berlaku di dalam pengendalian akaun bank pihak kesatuan.

Kejadian pecah amanah itu disyaki dilakukan salah seorang kakitangan KRM yang sekarang ini tidak dapat dihubungi dan dikesan.

Kakitangan itu memalsukan tandatangan Presiden dan Bendahari Kehormat KRM bagi memasukkan nama beliau sebagai salah seorang penandatangan cek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi Arena Metro mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian terbabit.

“Polis menerima laporan berkaitan kes terbabit yang disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah amanah .

“Pada masa sama, polis sudah mengambil keterangan daripada pengadu dan akan memanggil beberapa individu lain untuk tindakan lanjut,” katanya.

Selain itu, difahamkan suami kepada individu berkenaan turut membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, semalam yang menafikan dia terbabit dalam isu pecah amanah itu.

Baca Lagi:
Lebih 630 pengusaha ladang ayam daging kontrak dihambat hutang keliling pinggang
Buah paling mahal di dunia, harga dia boleh beli sebuah rumah
KSP Datuk Seri Asri Hamidin dicutikan?
CATEGORIES