Wanita kantoi gigit kabel Iphone ‘display’ dirakam CCTV

Wanita kantoi gigit kabel Iphone ‘display’ dirakam CCTV

Wanita kantoi gigit kabel Iphone ‘display’ dirakam CCTV. Seorang wanita ditangkap kerana mengigit kabel antikecurian bagi melarikan sebuah telefon pintar berharga 7,000 yuan (RM4,480) di sebuah kedai telefon di China.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, wanita bernama Qiu, dari wilayah Fujian itu ditahan polis 30 minit selepas meninggalkan premis tersebut.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan Qiu berhenti di hadapan meja pameran telefon pintar sebelum memegang sebuah peranti iPhone 14 Plus.

Wanita kantoi gigit kabel Iphone 'display' dirakam CCTV

Selepas memeriksa peranti itu, dia menggigit kabel keselamatan beberapa kali dan memasukkan telefon tersebut di dalam begnya sebelum melarikan diri.

Pengurus kedai, Wang, berkata, sebuah penggera berbunyi semasa kecurian berlaku namun, kakitangan tidak menyedari kehilangan telefon itu sehingga mereka menemui kabel yang putus akibat digigit, selain sebuah telefon pintar disahkan hilang.

Polis kemudian berjaya mengesan lokasi Qiu dan menahan wanita itu untuk siasatan lanjut.

Baca Lagi:
Lepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan, ini kronologi kes Zahid Hamidi
Ayob Khan dedah Hadi Awang hanya jawab 5 soalan daripada 24 soalan
Pelanggan dakwa dianiaya bil makanan RM1,102.20, rupanya pekerja restoran yang order lobster berat 1KG tanpa pengetahuan
CATEGORIES