Wanita kantoi beli barang RM180 tapi bayar 10 sen guna QR Pay

Photo of author

By Joe

Wanita kantoi beli barang RM180 tapi bayar 10 sen guna QR Pay. Helah seorang pelanggan wanita untuk menipu juruwang ketika membuat bayaran di kaunter sebuah kedai serbaneka berjaya dikesan selepas alat pengesan pintar melaporkan jumlah pembayaran sebanyak 10 sen.

Menurut perkongsian di akaun TikTok @seehatstore, pemilik kedai memaklumkan bahawa pihaknya hampir ditipu oleh pelanggan tersebut apabila wanita itu membuat pembayaran menggunakan kod QR.

Kesemua barangan yang dibeli wanita itu berharga lebih RM180.

Wanita kantoi beli barang RM180 tapi bayar 10 sen guna QR Pay

“Minggu ini agak viral kes penipuan bayaran menggunakan kod QR di media sosial. Hari itu kami sudah kena tipu sekali, dan hari ini (kelmarin) seorang lagi datang dengan helah yang sama.
“Seperti biasa, modus operandi adalah sama. Beli barang berharga lebih RM180, kemudian bayar menggunakan kod QR dengan hanya 10 sen.
“Alhamdulillah, kini Seehat Store telah menggunakan peranti pengesan. Jadi, setiap bayaran akan disambut dengan suara dari alat pengesan,” katanya.

Pemilik akaun tersebut turut menceritakan bahawa ketika kejadian, juruwang yang juga pengurus kedai menegur pelanggan tersebut.

Wanita itu kemudiannya mereka cerita untuk melindungi kesalahannya.

“Akhirnya dia kata mahu ambil kad kredit di kereta, tetapi terus lesap tanpa jejak. Alhamdulillah, semua barang selamat di kedai,” jelasnya.

Perkongsian tersebut turut tular di media sosial dengan meraih tontonan lebih 290,000 dan 6,289 tanda suka.

Pelbagai maklum balas diberikan oleh orang ramai, dengan rata-rata mereka memberikan nasihat kepada peniaga untuk lebih berhati-hati dengan pelanggan yang menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai atau kod QR.

@seehatstore Cubaan scammer “QR pay 10sen” di Seehat Store? Minggu ni memang agak viral kes scam bayaran QR PAY di medsos. Hari tu kami dah kena sekali. Hari ini datang seorang lagi 😪. Macam biasa modus operandinya sama sahaja. Beli barang sekitar RM180+ lepas tu bayar guna QR pay , dan bayar hanya 10 sen. Alhamdulillah sekarang Seehat Store dah pakai device dari maybank. So setiap bayaran akan di sambut dengan suara device. Alhamdulillah juga yang jaga kaunter masa tu adalah manager kedai. Terus dia tegur orang tu cakap “eh you bayar 10sen jer”. Mula lah minah ni ubah cerita nak cover kesalahan. Siap cakap nak cari doctor sakit kulit. Apo? Akhirnya dia cakap nak pergi ambil card credit kat kereta. Memang lesap tanpa bayang. Alhamdulillah semua barang selamat di kedai. Kawan2 yg berniaga kena hati2. Even ada device pun kena perhati yg dia qr tu tally ke tidak dengan resit. Semoga Allah lindungi kita. Jangan lupa zikir pagi dan petang. #seehatstore #cubaanmenipuqr #fyp #fypシ゚viral ♬ original sound – Seehat Store Mart

Baca Lagi:
“Toleh belakang, janda tu dah separuh b*gel”- Lelaki mengaku terlanjur dengan kawan isteri yang tumpang bermalam di rumah
‘Ini ke yang Allah sebut tiang Arash bergegar’- Diana Rafar kongsi detik dicerai oleh Zamarul Hisham
2 pekerja bunuh majikan sebab sakit hati disindir ketika nak pinjam duit