Wanita jaga kaunter stesen minyak menangis kena tanggung rugi RM3 angkara makcik pandai putar belit

Photo of author

By Joe

Wanita jaga kaunter stesen minyak menangis kena tanggung rugi RM3 angkara makcik pandai putar belit. Setiap pekerjaan mempunyai cabaran dan halangan tersendiri.

Bagi pekerja di barisan hadapan seperti juruwang atau pegawai kaunter khidmat pelanggan, cabaran terbesar mereka adalah menghadapi pelbagai ragam dan kerenah daripada pelanggan.

Menerusi satu hantaran viral, seorang lelaki berkongsi pengalaman bekerja sebagai juruwang di sebuah stesen minyak.

Wanita jaga kaunter stesen minyak menangis kena tanggung rugi RM3 angkara makcik pandai putar belit

Beliau memulakan ceritanya dengan menceritakan kejadian yang berlaku pada 28 Jun lalu, kira-kira pukul 4.30 petang, di mana beliau dan rakan sekerja lain sedang bertugas.

“Aku jaga kaunter satu (kaunter tepi tingkap), kawan aku jaga kaunter dua. Pukul 4 petang ke atas memang dianggap sebagai waktu puncak, jadi kedua-dua kaunter agak sibuk pada masa itu.
“Nak diceritakan, ada seorang makcik datang untuk mengisi minyak di kaunter kawan aku. Pada masa itu, aku hairan kenapa kawan aku sentiasa bergerak ke belakang kaunter, rupanya dia tersilap set minyak.
“Kawan aku terisi 30 liter dengan harga RM61.50, kemudian dia bertanya jika 15 liter dikurangkan RM3.35, berapakah harganya. Aku menjawab bahawa 15 liter adalah RM30.75, jadi RM27.40,” katanya.

Dia menceritakan bahawa dia berasa hairan tentang pertanyaan tersebut dan cuba mendapatkan penjelasan daripada rakan sekerja selepas pelanggan meninggalkan kaunter.

“Aku bertanya mengapa perlu dikurangkan, dan rupanya dia tersalah set dan ‘suami’ makcik tersebut sempat mengisi minyak sehingga RM3.35.”

“Jadi pengiraan itu betul dan makcik tersebut perlu tambah RM27.40 lagi untuk mencukupkan 15 liter. Tetapi malangnya, makcik itu kemudian datang semula dan bertanya kenapa hanya diisi 13 liter sahaja.

“Kawan aku terangkan yang ‘suami’ dia telah mengisi sebahagian minyak sebelum itu, tetapi makcik tersebut menyatakan bahawa suaminya sudah lama meninggal dunia,” jelasnya.

Selepas menyiasat kejadian tersebut, ternyata salah seorang staf mereka telah membantu mengisi minyak ke dalam kenderaan pelanggan tersebut.

Akibatnya, rakan lelaki itu sekali lagi menjelaskan bahawa staf telah membantu mengisi minyak berjumlah RM3.35 sebelum dia menghentikan pengisian.

Bagaimanapun, pelanggan tersebut enggan menerima penjelasan dan dengan tegas meminta supaya skrin di pam memaparkan jumlah 15 liter seperti yang diminta.

“Makcik tu tak mahu menerima penjelasan. Dia nak juga supaya di skrin pam tulis 15 liter. Masa tu makcik tu sudah menjerit marah.

“Jadi aku cuba slow talk dengan kawan aku dan minta dia tambahkan RM3.35 lagi kerana makcik tu tidak mahu berbincang. Keseluruhannya, makcik tu membayar RM34.10,” tambahnya.

Sebaik sahaja pelanggan itu pergi dari stesen, rakan lelaki itu menangis sedih dengan situasi yang berlaku.

Ujar lelaki ini, dia kemudian memanggil staf yang telah mengisi minyak ke dalam kenderaan pelanggan tersebut untuk mengetahui situasi semasa di luar.

“Aku tanya kenapa dia tidak menjelaskan kepada makcik tersebut dan dia kata sudah dijelaskan tetapi makcik tetap tidak mahu mendengar.

“Rupa-rupanya, ketika makcik itu keluar dari kereta untuk membuat pembayaran, dia telah menyuruh staf luar untuk mengisi minyak,” jelasnya lanjut.

Di ruang komen, banyak pengguna media sosial mengungkapkan rasa tidak senang dengan sikap pelanggan tersebut yang enggan menerima penjelasan.

Wanita jaga kaunter stesen minyak menangis kena tanggung rugi RM3 angkara makcik pandai putar belit

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman hampir sama ketika bertugas sebagai juruwang.

“Memang ada pelanggan macam ni, aku pun pernah hadapi juga.

“Nasib lebih RM3 je, kalau banyak memang sakit. Belajar dari kesilapan, apa-apa pun kena ada komunikasi dengan staf luar juga supaya tak berlaku salah faham,” ujar beberapa warga maya.

Dalam pada itu, segelintir netizen lagi mempertahankan tindakan pelanggan berkenaan dan menyatakan kesalahan dilakukan sendiri oleh pihak kaunter.

“Ikut kawan kau memang salah. Makcik tu dah terang-terang nak 15 liter sahaja tapi kawan kau salah tekan kemudian staf luar yang isi, tiba-tiba makcik ni kena bayar lebih atas kecuaian orang lain.

“Kes ini memang kau orang yang salah walaupun sebenarnya betul… kalau aku jadi makcik tu pun aku nak pastikan betul 15 liter dan nak resit 15 liter juga. Jadinya terpaksa telan walaupun pahit,” tambah segelintir warga maya.

Baca Lagi:
Ini cara runding gaji tinggi semasa temu duga yang ramai orang tak tahu
“Cara orang lama memang padu!”- Pakcik tolong anak buah ‘tackle’ awek raih perhatian ramai
Datuk Red cium kepala Adira dalam ‘live’ TikTok dikecam netizen