Wanita jadi buta selepas memicit biji jerawat di hidung

Wanita jadi buta selepas memicit biji jerawat di hidung

Wanita jadi buta selepas memicit biji jerawat di hidung. Gadis alami penyakit misteri lepas picit jerawat yang timbul di hidung

Malang tak berbau, siapa sangka hanya dengan memicit jerawat sahaja gadis ini mengalami penyakit misteri hingga menyebabkan dirinya kehilangan kedua-dua penglihatannya.

Gadis yang dikenali sebagai Mary Ann Regacho, 17, difahamkan mula mengalami masalah hormon tidak stabil menyebabkan mukanya ditumbuhi jerawat selepas melahirkan anak pada usia 16 tahun.

Wanita jadi buta selepas memicit biji jerawat di hidung

Mary kemudian memicit beberapa biji jerawat di bahagian hidungnya sebelum mula diserang rasa sakit beberapa hari kemudiannya.

Mary yang berasal dari Filipina ini memberitahu bahawa kesakitan yang dialaminya itu semakin teruk selepas beberapa hari ia memicit beberapa biji jerawat di bahagian hidungnya itu.

Dia juga turut mengatakan keadaannya bertambah parah sehingga mukanya membengkak terutamanya di kawasan yang dipicit olehnya.

“Saya fikir ia hanya jerawat biasa, tetapi sangat menyakitkan sehingga saya tidak dapat tidur malam. Saya cuba segalanya untuk kembali sembuh, tetapi tidak berjaya.
“Sekarang saya rasa wajah saya tidak sama lagi seperti dahulu,” katanya selepas insiden tersebut berlaku.
Baca Lagi:
Pesakit terkejut terakam lembaga hitam muncul dalam wad hospital, netizen dakwa itu ‘Malaikat maut’
Pernah dipenjara selama 2 tahun setengah, jutawan ini derma wang tunai RM466 juta kepada semua penduduk kampung
Banduan dedah diarah warden penjara baring atas lantai secara berbogel untuk ‘kopek durian’
CATEGORIES