Wanita ini tuntut bayaran setiap manusia dibumi kerana guna Matahari miliknya

Wanita ini tuntut bayaran setiap manusia dibumi kerana guna Matahari miliknya

Wanita ini tuntut bayaran setiap manusia dibumi kerana guna Matahari miliknya.  Matahari merupakan pusat sistem suria yang dikelilingi oleh 8 buah planet termasuk planet Bumi yang dihuni oleh manusia zaman sekarang. Usia matahari dianggarkan 4.603 bilion tahun. Pancaran cahaya dan haba daripada matahari merupakan sumber penting untuk membekalkan tenaga kepada hidupan di muka Bumi.

Pada tahun ini, tular mengenai seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah pemilik matahari dan menuntut setiap manusia di muka Bumi untuk membayar setiap penggunaan mereka terhadap cahaya matahari kepadanya.

Kalau anda dengar, mesti ingatkan dia sedang membuat lawak bukan? Tapi wanita yang dikenali sebagai Angeles Duran yang berasal dari Galicia, Sepanyol ini siap mendaftarkan dirinya sebagai pemilik matahari di sebuah mahkamah di Spanyol.

Berdasarkan undang-undang antarabangsa, tiada mana-mana negara yang boleh menuntut hak milik keatas atas benda-benda yang berada di luar angkasa dan ini termasuklah matahari.

Wanita ini tuntut bayaran setiap manusia dibumi kerana guna Matahari miliknya

“Tak ada larangan untuk itu. Tuntutan didukung hukum. Saya tidak bodoh, saya tahu hukum,” kata Angeles Duran.

Tapi Angeles Duran yang pernah menuntut jurusan kejururawatan dan perundangan mendakwa dia sememangnya mengetahui hal tersebut tapi mempertikaikan undang-undang itu hanya menyebut negara dan bukanlah orang perseorangan seperti dirinya.

Wanita ini tuntut bayaran setiap manusia dibumi kerana guna Matahari miliknya

Tambahnya lagi dia mendapat inspirasi daripada tindakan seorang lelaki di Amerika Syarikat yang mendakwa dirinya sebagai pemilik bulan dan beberapa planet yang terdapat di sistem suria.

Jadi dalam hal itu, dia atau sesiapa orang yang lain boleh menuntut sebagai pemilik matahari dan dalam hal itu, kebetulan dirinya yang melakukannya terlebih dahulu.

Menurutnya,hasil daripada wang tuntutannya nanti akan digunakannya untuk menyelesaikan masalah kelaparan dan kemiskinan di dunia ini selain untuk kegunaan sendiri.

Pada 21 Mac 2021, Angeles telah mengajukan dokumen tuntutan dirinya sebagai pemilik Matahari di mahkamah dan antara isi dokumen tersebut adalah menuntut bayaran dari setiap orang atau manusia yang menggunakan tenaga dan cahaya Matahari yang didakwa miliknya.

Wanita ini tuntut bayaran setiap manusia dibumi kerana guna Matahari miliknya

Sewaktu iklannya masih belum dibuang, Angeles dikatakan berjaya mejual sebanyak 1000 plot dan setiap pembeli diberikan sijil.

Sebelum ini, Angeles pernah menyaman eBay kerana membuang iklannya untuk menjual plot di beberapa kawasan di matahari dari website mereka.

Baca Lagi:

Bas berlumba rempuh lori tangki minyak, 20 penumpang maut terbakar hidup-hidup

Ini pemilik sebenar kapal layar ‘superyacht’ yang lalu sungai Perlis, lelaki berusia 73 tahun

Kes Najib : Lelaki ugut ketua Hakim Negara ditahan

Leave a Reply

Your email address will not be published.