Wanita ini pecah rekod dunia lari 6,000 kilometer dalam masa 110 hari

Wanita ini pecah rekod dunia lari 6,000 kilometer dalam masa 110 hari

Seorang wanita di India memecahkan rekod dunia apabila dia menamatkan larian kategori ‘golden quadrilateral’ dalam masa paling singkat, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Golden quadrilateral merujuk kepada rangkaian lebuh raya nasional yang menghubungkan empat bandar utama India termasuk New Delhi, Mumbai, Kolkata dan Chennai.

Pelari tersebut, Sufiya Khan yang berasal dari New Delhi, berjaya menamatkan perjalanan sejauh 6,002 kilometer dalam masa 110 hari, 23 jam dan 24 minit.

Sufiya memulakan lariannya di New Delhi pada 16 Disember 2020 dan menamatkan laluan golden quadrilateral pada 6 April 2021.

“Tidak, saya tidak pernah terlintas untuk berputus asa. Walaupun banyak kecederaan dialami semasa larian ini, tumpuan penuh saya adalah untuk menamatkan percubaan ini dalam masa paling singkat,’’ kata Sufiya seperti dipetik oleh Guinness World Records.

Sufiya turut berkongsi kegembiraan pencapaian tersebut di laman Facebook rasminya.

“Saya berbesar hati untuk berkongsi kejayaan ini dengan anda semua yang menjadi sebahagian daripada ekspedisi rekod dunia yang menakjubkan.

“Saya sangat berterima kasih kepada anda semua yang turut serta berlari sejauh beberapa kilometer, menyambut saya dengan mesra di bandar anda, menghidangkan masakan di rumah anda, memberi semangat apabila saya pasrah dan menyambut kejayaan ini seperti kejayaan bersama,’’ kata Sufiya dalam komennya di Facebook.

Sufiya turut memegang rekod dunia wanita terpantas berlari dari Kashmir ke Kanyakumari di negeri Tamil Nadu.

Baca Lagi:

Demi penyatuan ummah, gabungan besar dari pembangkang akan berlaku hadapi PRU15

KWSP: Ramai yang pening dan keliru, kalau keluarkan RM10,000 kena ganti RM12,000 ke? Ini jawapannya…

Tak cakap banyak, suami tikam isteri tengah bogel atas katil bersama lelaki lain

CATEGORIES