Wanita ini pasrah pakwe bertukar jadi Paklong, bila berkumpul ramai-ramai hari raya baru tahu kisah sebenar

Wanita ini pasrah pakwe bertukar jadi Paklong, bila berkumpul ramai-ramai hari raya baru tahu kisah sebenar

Wanita ini pasrah pakwe bertukar jadi Paklong, bila berkumpul ramai-ramai hari raya baru tahu kisah sebenar.

Apabila pulang ke kampung halaman, pastinya ibu bapa atau nenek dan datuk akan membawa kita bertemu dengan keluarga yang jauh yang mana terkadang kita pun tak pernah bersua muka dengan mereka.

Sebab itu lah pentingnya berkumpul sesama keluarga, bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan malah kita dapat mengenali keluarga jauh.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana dia terkejut kerana kekasihnya rupa-rupanya bapa saudara jauh mencuri perhatian ramai.

d34

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ctnrhnm, dia tidak tahu untuk memberikan reaksi apa sama ada ingin sedih atau ingin ketawa apabila mengetahui perkara tersebut.

Difahamkan mereka tidak pernah bersua muka dan jarang bertemu sesama ahli keluarga bahkan dia tidak tahu bahawa dia mempunyai bapa saudara jauh yang lain.

“Bila tokwan nenek pak mak tak bawa hang berjalan kenal adik beradik jauh jauh, lepas tu bila hari raya pergi beraya dapat tahu pakwe hang sebenarnya ada sangkut paut”

“Paling syahdu dapat tahu dia tu bapa saudara.. taknak kenal dengan sapa-sapa dah..” ujarnya

Malah dia juga terpaksa menukar nama gelaran daripada ‘sayang’ kepada ‘paklong’ setelah mengetahui kekasihnya adalah bapa saudara.

Video yang tular di laman TikTok:

@ctnrhnm dari sayang tukar ke paklong🥺🤮💔 #sedihbanget😭😭😭 #fyp #fypシ゚viral ♬ Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berpendapat bahawa pentingnya kita untuk berjumpa dengan ahli keluarga jauh atau bertanyakan tentang mereka kepada atuk dan nenek kerana nasab adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh.

Bukan itu sahaja, malah warga netizen juga bersyukur wanita ini dapat mengetahui perkara tersebut lebih awal sebelum mendirikan rumah tangga.

Antara komen warga maya:

“dia boleh jadi wali mama”

d31

“anggap itu sebagai satu ujian hidup untuk mematangkan diri”

d33

“sebab itu arwah abah dengan arwah mak dia kalau boleh raya semua tempat nak pergi.. nak kenalkan dengan sedara mara”

d32

“tu la pentingnya jumpa sedara mara time raya.. nak2 family gathering”

d30

Baca Lagi:

Jumpa segulung duit RM100, ramai mengaku duit mereka, tapi lelaki ni berjaya jumpa pemilik asal

Penumpang cemas, lelaki nekad buka pintu pesawat yang sedang bergerak

Bapa kecewa anak dapat duit raya RM3, pesan tuan rumah jangan berkira sangat!

CATEGORIES