Wanita ini malu teruk minta resign, tersalah hantar “sticker” tak senonoh dalam group pejabat
Wanita ini malu teruk minta resign, tersalah hantar “sticker” tak senonoh dalam group pejabat.
Memandangkan smartphone adalah satu keperluan sekarang, rasanya setiap daripada kita pasti pernah melalui situasi tersalah hantar mesej kepada orang ataupun group tertentu. Meskipun kecuaian ini tidak disengajakan, tetapi kesannya boleh menyebabkan seseorang malu dan menyesal tidak terhingga.
Menyesal tak periksa dulu sebelum tekan butang send
Begitulah juga ‘detik hitam’ dilalui oleh seorang gadis di Indonesia baru-baru ini. Terdahulu, pengguna akaun TikTok @neptune_projectt tengah asyik melayan mesej bersama seseorang. Namun gara-gara tidak periksa terlebih dahulu sebelum tekan butang send, dia telah melakukan kesilapan yang pasti menghantui sepanjang hidupnya.
Sejurus menyedari dirinya terhantar 1 sticker yang kurang senonoh di WhatsApp Group pejabat, dia terus menangis teresak-esak. Disebabkan ia telah dilihat oleh ramai orang, gadis tersebut bahkan mahu minta resign kerana terlalu malu. Secara keseluruhannya, video tersebut telah meraih lebih sejuta views setakat ini.
@neptune_projecttPuncak komedi bulan Mei🙃♬ original sound – Neptune_projectt
Pengajaran, janganlah save sticker yang aneh-aneh…hidup memang tak tenang kalau jadi macam ni
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dan menasihatinya agar ambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Dalam pada itu, mereka turut berkongsi pengalaman serupa disebabkan tersalah send mesej di group masing-masing.
Baca Lagi:
Tindakan wartawan wanita selak baju Noki cetus kemarahan netizen
Treler rempuh kereta, dua anak maut depan mata bapa
“Janji PH kepada Mahathir ialah sebagai PM7 saja, bukan PM7 dan PM8”