Wanita ini kongsi petua elak kucing ‘membuang’ merata di kawasan rumah

Wanita ini kongsi petua elak kucing ‘membuang’ merata di kawasan rumah

Wanita ini kongsi petua elak kucing ‘membuang’ merata di kawasan rumah. Kucing adalah haiwan peliharaan yang comel dan manja. Memelihara haiwan berbulu halus ini dipercayai memberikan banyak manfaat untuk kesihatan fizikal dan mental.

Memiliki haiwan peliharaan bermakna bertanggungjawab sepenuhnya dan bukan hanya sekadar memeliharanya sahaja.

Sebagai pemilik, anda bertanggungjawab memastikan haiwan yang dibela sentiasa terjaga dan tidak menganggu jiran tetangga.

Antara masalah yang sering berlaku bagi mereka yang memelihara kucing ialah ‘membuang’ di kawasan rumah jiran.

Wanita ini kongsi petua elak kucing ‘membuang’ merata di kawasan rumah

Masalah kucing ‘membuang’ di kawasan kediaman adakalanya membuatkan jiran tetangga boleh bermasam muka. Lebih teruk lagi ada yang sampai bergaduh. Kita tidak mahu masalah ‘membuang’ di merata tempat menjadi sebab hubungan dengan jiran tetangga menjadi tegang.

Sebenarnya ada cara untuk mengelakkan daripada kucing-kucing datang ‘membuang’ di kawasan rumah anda.

Melalui perkongsian Zuraity Musa di TikTok, wanita ini berkongsi petua cara mengelakkan kucing ‘membuang’ di kawasan rumah anda.

Bahan:

2 labu bawang putih

3 hingga 4 batang serai

Botol penyembur

Wanita ini kongsi petua elak kucing ‘membuang’ merata di kawasan rumah

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Kupas bawang putih manakala serai pula perlu dipotong kecil-kecil.

2. Masukkan bawang putih dan serai tadi ke dalam pengisar.

3. Apabila bahan-bahan telah hancur, masukkan air ke dalam pengisar dan kisar sekali lagi.

4. Tuangkan bahan-bahan yang telah dikisar hancur tadi ke dalam botol penyembur. Gunakan penapis. Kita hanya mahukan airnya sahaja. Hampasnya pula dibuang.

5. Anda boleh terus gunakan dengan cara menyembur di tempat-tempat yang menjadi kegemaran kucing-kucing sama ada tempat kucing bermain atau tempat anak-anak bulus ini suka ‘membuang.’

Baca Lagi:
Kilang Dutch Lady pula bakal ditutup di Petaling Jaya
Sanusi gelar kabinet Anwar kerajaan ‘luar tabii’
Tular pasangan ini hidup bahagia bersama walaupun beza umur 32 tahun
CATEGORIES