Wanita ini bernazar ingin kahwin kalau Anwar Ibrahim jadi PM10, akhirnya terpaksa minta tolong orang ramai cari jodoh segera

Wanita ini bernazar ingin kahwin kalau Anwar Ibrahim jadi PM10, akhirnya terpaksa minta tolong orang ramai cari jodoh segera

Wanita ini bernazar ingin kahwin kalau Anwar Ibrahim jadi PM10, akhirnya terpaksa minta tolong orang ramai cari jodoh segera. Mendirikan rumah tangga adalah sesuatu yang diimpi-impikan terutama sekali anak muda di luar sana namun tak mampu untuk berkahwin lagi kerana ‘jodoh belum sampai’.

Bagaimanapun, sejak pilihan raya tempoh hari, pelbagai kerenah pelik yang ditonjolkan oleh rakyat Malaysia sehingga ada yang bernazar ingin berkahwin tahun ini juga jika Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berjaya menjadi Perdana Menteri ke-10!

Ya, pelik tapi benar. Begitulah hasrat yang disuarakan oleh seorang gadis berusia 25 tahun ini apabila mendapat berita pelantikan Anwar dan akan segera menunaikan nazarnya.

Dia telah memuat naik satu ciapan meminta bantuan orang ramai untuk mencarikan jodoh untuknya demi memenuhi nazarnya itu.

Wanita ini bernazar ingin kahwin kalau Anwar Ibrahim jadi PM10, akhirnya terpaksa minta tolong orang ramai cari jodoh segera

“Tolong i ada buat NAZAR kalau DSAI jadi PM10 i nak kahwin tahun ni juga. Jadi tolong retweet posting i. I cari calon suami yang soft spoken. Tak perlu terlalu islamik cukup faham agama.

Selebihnya kita boleh belajar sama-sama. I ada degree SYARIAH UKM. Bakal sambung master.” tulisnya.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Antaranya, mengingatkan supaya gadis tersebut berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan kerana tahun ini hanya tinggal sebulan sahaja.

Ketika meneropong ke ruangan komen, warganet menasihati gadis ini agar tidak terburu-buru mencari jodoh untuk melangsungkan perkahwinan kerana risau tersalah pilih.

Selain itu, mereka turut menasihatkan untuk tidak bernazar sesuka hati kerana ditakutkan akan memakan diri sendiri.

Berikut antara komen-komen warganet di Twitter

Baca Lagi:
Rafizi dijangka ditempatkan di kementerian kanan
Surat terbuka dari Tun M kepada pengundi
Tok Mun bekas calon bebas tertua dalam PRU, berkempen seorang diri hanya dengan mengayuh basikal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *