Wanita ini beli 3 buah rumah pada usia muda selepas 15 tahun berjimat, sehari belanja hanya RM5.94 sen

Photo of author

By Joe

Wanita ini beli 3 buah rumah pada usia muda selepas 15 tahun berjimat, sehari belanja hanya RM5.94 sen. Kisah seorang wanita yang berjaya memiliki tiga buah rumah di Jepun dengan berjimat-cermat selama hampir 15 tahun telah tular semula, lapor South China Morning Post.

Saki Tamogami, yang kini berusia 39 tahun, pernah muncul dalam rancangan televisyen Jepun, Happy! Bomb Girl, dan berkongsi perjalanan hidupnya dalam mengumpul wang untuk merealisasikan impiannya itu.

Ketika pertama kali muncul dalam rancangan tersebut, Tamogami berkongsi cara berjimat untuk memiliki rumah pertamanya. Sejak berusia 19 tahun, wanita ini telah mula berjimat dalam berbelanja dengan matlamat untuk memiliki tiga buah rumah dan bersara seawal mungkin.

Wanita ini beli 3 buah rumah pada usia muda selepas 15 tahun berjimat, sehari belanja hanya RM5.94 sen

Selepas tamat pengajian, dia diterima bekerja di sebuah syarikat hartanah. Tamogami mengakui bahawa dia hanya membelanjakan sebanyak 200 yen untuk makan sehari, bersamaan RM5.94.

Perkara ini bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga mengurangkan penggunaan air. Oleh itu, dia tidak perlu membayar bil air yang tinggi. Masakannya juga sangat ringkas, iaitu sama ada nasi dengan potongan ikan salmon atau udon dengan kuah kosong, atau sedikit lobak putih (daikon) yang dibeli dengan harga diskaun.

Dalam rancangan tersebut, wanita itu turut mendedahkan bahawa dia berjaya membeli rumah pertamanya yang mempunyai tiga bilik tidur dengan harga 10 juta yen selepas sembilan tahun menjalani kehidupan berjimat-cermat seperti itu.

Dengan menyewakan dua bilik lagi kepada orang lain, wanita tersebut dapat menambah pendapatannya beberapa puluh ribu yen setiap bulan. Walaupun memperoleh pendapatan yang agak banyak, wanita ini tidak membelanjakan wangnya untuk membeli perabot baru. Kesemua perabot di rumahnya merupakan barangan terpakai yang dibuang di tepi jalan.

Dalam rancangan yang sama, wanita ini mengejutkan pengacara dengan mendedahkan bahawa dia bakal membeli rumah keduanya dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Empat tahun kemudian, rancangan televisyen tersebut kembali menemu bual Tamogami, dan ternyata, dia telah berjaya membeli rumah keduanya yang bernilai 18 juta yen. Harga ini bersamaan dengan RM535,744.80 mengikut tukaran hari ini.

Dengan menyewakan kesemua bilik di rumah keduanya, jumlah pendapatan bulanannya mencecah kira-kira 400 ribu yen. Keuntungan besar ini memberinya peluang yang lebih cerah untuk membeli rumah ketiganya yang berharga 37 juta yen pada tahun 2019. Pada ketika itu, usia wanita tersebut baru mencecah 34 tahun.

Walaupun mempunyai pendapatan yang lumayan dari urusan sewaan ketiga-tiga rumahnya, wanita ini masih mengekalkan gaya hidup berjimat-cermat. Ini kerana dia masih mempunyai satu lagi impian yang belum tercapai, iaitu memiliki tempat perlindungan untuk kucing jalanan.

Pada bulan Mei 2019, dia berjaya membuka kafe kucing yang diberi nama Cafe Yuunagi di tingkat bawah rumah ketiganya. Berbeza dengan perabot di rumah yang diambil dari barangan terpakai, Tamogami menghiaskan kafe kucingnya dengan perabot baru.

Gaya hidup wanita ini bukan sahaja mendapat perhatian rakyat Jepun, malah juga di seluruh dunia apabila kisahnya tersebar di internet.

Baca Lagi:
Pesanan untuk orang muda, jangan sampai meranan untuk bergaya…
Pesakit pergi tandas, tiba-tiba mesin catat bacaan jantung naik lebih 200
Isteri sedang berpantang, Da’i Syed dipenjara 10 tahun, 3 sebatan kerana merogol