Wanita hilang selepas terjatuh dalam tanah jerlus di jalan masjid India

Photo of author

By Joe

Wanita hilang selepas terjatuh dalam tanah jerlus di jalan masjid India. Seorang wanita warga India yang masih hilang selepas terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India pada Jumaat dipercayai telah berjalan kaki dari Selangor Mansion di sini.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, wanita tersebut kelihatan sedang berjalan sebelum terjerlus berhampiran sebuah kerusi konkrit. Turut kelihatan seorang lelaki hampir terjerlus, namun sempat menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, Pondok Polis Masjid India menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 8.30 pagi.

Wanita hilang selepas terjatuh dalam tanah jerlus di jalan masjid India

“Kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian.

“Kita juga akan merakam keterangan saksi untuk membantu siasatan. Setakat ini, saya tidak boleh memberikan komen lebih terperinci kerana ia masih dalam siasatan,” katanya di lokasi kejadian pada Jumaat.

Sulizmie berkata, seramai 35 anggota dan pegawai bomba, 14 kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), 32 anggota polis, lima anggota Angkatan Pertahanan Awam, dan empat pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tersebut.

“Pihak DBKL, anggota Bomba sedang giat melaksanakan kerja penyelamatan di lokasi kejadian,” katanya.

Mengulas lanjut, Sulizmie memaklumkan keadaan sekitar lokasi kejadian masih selamat, namun perbincangan lanjut akan diadakan bagi mempertimbangkan sama ada kawasan tersebut ditutup atau sebaliknya.

“Kita belum membuat keputusan untuk menutup kawasan ini sepenuhnya kerana kita rasakan ia masih selamat.

“Kita akan melakukan beberapa analisis terlebih dahulu dan jika perlu menutup kawasan ini, kami akan memaklumkannya kemudian,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat, berkata pihaknya menggunakan bantuan mesin serta jengkaut dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi tersebut.

“Mesin dan jentera ini digunakan setelah pencarian secara manual gagal menemui mangsa.

“Jengkaut tersebut digunakan untuk mengorek tanah dengan lebih luas di lokasi tanah jerlus,” katanya.

@urnewss Membalas kepada @mierul_iedham9 ♬ bunyi asal – UR News

Baca Lagi:
‘Bila waktu malam dia berubah tempat, terpaksa bakar sebelum perkara pelik terjadi’
Pakar objek terbang dari Amerika kumpul bangkai makhluk asing lebih 50 tahun
Rider demam selepas hantar minuman kepada ‘hantu pegawai polis’